• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!

Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!

December 11, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

6.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Raize boleh dikategorikan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) biasa. Saiz tidak besar, dan rekabentuk pula tidak seagresif C-HR. Sasaran jualan Toyota Japan pun tidak besar untuk model ini, cuma 4,100 unit sebulan.

Namun, apa yang berlaku sangat luar biasa apabila tempahan SUV itu sejak dilancarkan 4 November lalu kini mencecah 32,000 unit setakat 4 Disember lalu.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Toyota Raize yang Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

Jumlah itu lapan kali ganda daripada sasaran asal Toyota, hanya dalam tempoh sebulan. Walaupun rekabentuk luaran nampak biasa-biasa saja, Raize sebenarnya kembali kepada falsafah asal sebuah jip, atau kenderan 4x4, iaitu ringkas dan praktikal.

Raize juga ditawarkan dalam pacuan empat roda (4WD) yang tidak banyak dilengkapi pada SUV hari ini. Dari segi saiz, SUV ini lebih kecil daripada Honda HR-V atau Geely Binyue (Proton X50) dengan dimensi panjang 3,995mm, lebar 1,695mm dan tinggi 1,620mm.

Panjang dan lebar Raize lebih sedikit berbanding Daihatsu Terios atau Perodua Kembara. Menurut Toyota, ada beberapa faktor menarik yang ada pada Raize iaitu saiz sederhana, ruang dalaman, muatan kargo dan pelbagai simpanan utiliti, teknologi keselamatan Bantuan Pintar (Smart Assist) dan Bantuan Parkir Panorama Pintar (Smart Panorama Parking Assist).

Varian Z mendapat 70 peratus tempahan, manakala varian G sebanyak 20 peratus, yang masing-masing adalah varian kedua teratas paling premium. Dalam pemilihan warna pula, majoriti pembeli di Jepun gemarkan warna Shining White Pearl (30 peratus), disusuli Black Mica Metallic (20 peratus) dan Bright Silver Metallic (10 peratus).

Raize dijual pada harga serendah 1,679,000 yen (RM63,720)  untuk varian X FWD,  manakala varian paling premium berharga 2,282,200 yen (RM86,610) untuk Z 4WD.

Dengan sambutan hangat begini, kami teruja sekiranya Raize dijenamakan semula sebagai SUV Perodua. Ia dilihat mengimbas kembali era populariti Perodua Kembara suatu masa dulu.

GALERI
Toyota Raize.33
Toyota Raize.31
Toyota Raize.34
Toyota Raize.35
Toyota Raize.36
Toyota Raize.30
Toyota Raize.23
Toyota Raize.12
Toyota Raize.11
Toyota Raize.14

Related

6.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak, Tempahan Toyota Raize, Toyota, Toyota Japan, Toyota Raize

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev