• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota RAV4, Kereta Terbaik Jepun 2019!

Toyota RAV4, Kereta Terbaik Jepun 2019!

December 9, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA penumpang tahun ini hebat-hebat belaka. Persaingan itu dijelmakan pada Anugerah Kereta Terbaik Jepun (Japan Car of the Year, JCOTY) 2019 yang menyaksikan persaingan hebat antara Toyota RAV4, Mazda3 dan BMW 3 Series.

Melihat senarai tersebut sudah pun mengujakan dan sukar untuk membuat pilihan. Akhirnya keputusan diumumkan dan RAV4 dipilih sebagai Kereta Terbaik Jepun 2019. Lebih menggembirakan, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu berjaya menamatkan kemarau kemenangan Toyota selama sedekad yang sebelum itu pernah memenangi JCOTY 2008 dan 2009 menerusi iQ dan Prius.

BACA >>> Toyota RAV4 Prime - SUV Hibrid Berkuasa 302hp!

Turut menyambut ulangtahun ke-40, jawatankuasa JCOTY tahun ini berkumpul di Pusat Saham Antarabangsa Tokyo bagi memilih kereta terbaik 2019.

Saingan kali ini diadili 60 juri dengan 40 wakil penerbitan automotif paling berpengaruh di Jepun, termasuk beberapa eksekutif pengeluar dan pengilang (OEM) bagi menyaksikan pengiraan undi dan seterusnya penyampaian anugerah.

RAV4 memenangi JCOTY 2019 dengan selesa apabila memperoleh 436 undian, manakala Mazda3 kedua (328 undi) dan BMW 3 Series ketiga (290 undi) yang turut menerima trofi Kereta Import. Di tempat keempat ialah Corolla (118 undi),  disusuli Jaguar I-Pace kelima (109 undi) dan Jeep Wrangler keenam (56 undi).

Bagi kategori anugerah istimewa, Jeep Wrangler memenangi Anugerah Emosional atas keupayaan atas jalan raya biasa dan off-road. 

Nissan Skyline pula memenangi Anugerah Inovasi untuk ProPilot 2.0, teknologi pertama seumpanya di dunia dengan sistem bebas tangan semi-autonomi. Anugerah Mobiliti Kecil pula dikongsi Mitsubishi eK Cross dan Nissan Dayz.

BACA >>> Nissan Tunjuk Kehebatan Teknologi ProPILOT 2.0 pada Bola Golf

10 MODEL SENARAI PENDEK JCOTY 2019

  • Daihatsu Tanto/Tanto Custo
  • Toyota Corolla/Corolla Touring
  • Toyota RAV4
  • Nissan Days/Mitsubishi ek Cross/ek Wagon
  • Honda N-WGN/N-WGN Custom
  • Mazda3
  • BMX 3 Series
  • Jaguar I-PACE
  • Jeep Wrangler
  • Mercedes-Benz A Class/A Class sedan
JCOTY 2019.07
JCOTY 2019.01
JCOTY 2019.02
JCOTY 2019.03
JCOTY 2019.04
JCOTY 2019.05
JCOTY 2019.06
JCOTY 2019.08
JCOTY 2019.09
JCOTY 2019.10
JCOTY 2019.11
JCOTY 2019.12
JCOTY 2019.13

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Japan Car of the Year, Japan Car of the Year (JCOTY)), Japan Car of the Year 2019, JCOTY, JCOTY 2019, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SUV, Toyota, Toyota RAV4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev