• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Saga Rampas Takhta Sedan Segmen-A Paling Laris!

Proton Saga Rampas Takhta Sedan Segmen-A Paling Laris!

December 3, 2019 By Han Othman Leave a Comment

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON mencatatkan prestasi jualan membanggakan apabila model Saga memecahkan rekod jualan 4,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut dengan 4,091 unit terjual sepanjang November lalu.

Rekod tersebut membolehkan model baharu Proton itu kembali ke tangga teratas jualan dalam barisan model sedan segmen-A dengan jualan 34,422 unit setakat 2019. Pertumbuhan jumlah mencatatkan kadar 32 peratus, juga terbaik berbanding mana-mana model segmen-A lain.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, Saga adalah kejayaan besar buat Proton sejak dilancarkan pada Ogos lalu kerana dalam tempoh empat bulan saja, Proton mendapat lebih 35,000 tempahan.

"Ini cabaran buat kami untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran Saga dan kami juga sudah mengadakan perbincangan rapi dengan pembekal dalam usaha meningkatkan lagi volum tahun depan," katanya.

BACA >>> FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)

KEJAYAAN SEPANG 1000KM TARIK PERHATIAN

Selain tawaran nilai, prestasi dinamik terkemuka dan ciri komprehensif dimiliki, Saga turut menarik perhatian pembeli menerusi pencapaian diraih divisyen perlumbaan pengeluar itu dalam kejuaraan enduran Sepang 1000KM (S1K), baru-baru ini.

Dalam aksi S1K hujung bulan lalu, pasukan Proton R3 merangkul podium pertama, kedua dan ketujuh yang mana dua daripada tiga jentera yang bertanding adalah Saga (2019) baharu.

BACA >>> Proton R3 Menang Lagi Sepang 1000KM (S1K), Tahun Ketiga Berturut-Turut!

Dr Li berkata lagi, perlumbaan S1K memang sukar kerana memerlukan gabungan kelajuan dan ketahanan yang konsisten. Apa dicapai Proton R3 begitu baik dalam mempersiapkan jentera lumba yang mana prestasi hebat yang ditonjolkan menjadi bukti Saga memiliki segala untuk menjadi pesaing dalam acara perlumbaan terkemuka Malaysia.

"Apa yang kami pelajari di litar perlumbaan ini dikongsi bersama dengan barisan pereka dan jurutera Proton supaya pelanggan- pelanggan kami juga memperoleh kelebihan daripada kejayaan kami dalam sukan permotoran ini," katanya.

Related

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dr. Li Chunrong, Jualan Proton Saga November 2019, Proton, Proton Saga, proton saga 2019, Sedan, Sedan Segmen-A, Sepang 1000KM, Sepang 1000KM (S1K)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev