• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Giliran Thailand Pula Lancar Honda ADV 150, Harga RM13.5k

Giliran Thailand Pula Lancar Honda ADV 150, Harga RM13.5k

December 3, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Thailand baru saja melancarkan ADV 150, sekali gus menjadikan negara Asean ketiga menerima skuter advencer itu selepas Indonesia dan Filipina. Bagaimanakah pula dengan Malaysia? Khabarnya Boon Siew Honda (BSH) masih dalam proses perbincangan. Mungkinkah tahun depan atau penghujung bulan ini?

ADV 150 spesifikasi Thailand tidak jauh berbeza dengan model versi Indonesia, dipacukan enjin 149.3cc SOHC berkuasa 14.5hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 6,500rpm dengan transmisi V-Matic. Tawaran perincian juga sama menerusi lampu utama LED kembar dan skrin pengadang angin tinggi yang diapit signal belok LED.

BACA >>> Boon Siew Honda Sedang Nego ADV 150 Akan Masuk Malaysia?

Dari belakang, ADV 150 nampak mirip seperti X-ADV dengan rekabentuk lampu LED bentuk X, manakala gaya skuter mengetengahkan konsep konvensional dengan lantai kaki jenis step-through.

Juga ada ekzos rentang belakang yang cukup sporty. Pemuka pada hendal ADV 150 tertera kluster instrumen LCD, juga seperti model abangnya, X-ADV dengan paparan maklumat spidometer, odometer, ekonomi bahan api, meter trip, tolok minyak voltan bateri, jam dan kalendar.

Bagaimana pula harga? ADV 150 versi Thailand ini dijual pada harga 97,900 baht (RM13,500), manakala harga di Indonesia selepas ditukar rupiah dalam RM10,800. Jadi tanda harga di Thailand boleh dijadikan indikator nilai ADV 150 versi Malaysia nanti.

Ataupun sedikit lebih murah memandangkan segmen skuter bukan model motosikal paling laris seperti di Indonesia atau Thailand. Apapun, kita kena tunggu dulu.

BACA >>> Skuter Advencer 150cc Pertama Dunia, Honda ADV 150 Debut di GIIAS 2019

GALERI

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda ADV 150, Honda Thailand, roda2, skuter, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my