• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Megane RS Trophy-R Sekali Lagi Cipta Rekod FWD Terpantas, Kali Ini di Trek Suzuka!

Megane RS Trophy-R Sekali Lagi Cipta Rekod FWD Terpantas, Kali Ini di Trek Suzuka!

December 1, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HATCHBACK prestasi tinggi, Megane RS Trophy-R mencatatkan rekod kereta pacuan roda depan (FWD) terpantas di litar Suzuka, Jepun dengan masa 2’25’’454, lebih tiga saat pantas berbanding rekod sebelum ini. Ini adalah rekod ketiga yang berjaya dicapai selepas hatchback itu memecahkan rekod di Nürburgring dan Spa-Francorchamps.

Megane RS mempunyai sejarah panjang, iaitu lebih sedekad dalam mencipta rekod baharu. Rekod pertama dalam kategori FWD dibuat pada 2008 di Nürburgring dengan masa 8’17’.

BACA >>> Renault Mégane R.S. Trophy-R Pecah Rekod Type R Lagi, Kini di Spa-Francorchamps Pula

ORANG JEPUN SUKAKAN MEGANE?

LEAD - TROPHY R NEW RECORD AT THE SUZUKA CIRCUIT (1)
TROPHY R NEW RECORD AT THE SUZUKA CIRCUIT (3)

Rekod baharu ini dibuat Laurent Hurgon, iaitu pemandu sama merekodkan masa terpantas di Nürburgring dan Spa-Francorchamps. Beliau juga pemandu handalan dan kerap mencatatkan rekod baharu di Nürburgring dan Spa-Francorchamps menggunakan beberapa generasi Megane RS.

Litar Suzuka mempunyai jarak trek sepanjang 5.8km dengan 18 selekoh yang mana rekod terbaharu ini jelas memberikan impak tersendiri di Jepun yang memiliki kira-kira 10,000 peminat RenaultSport.

megane-rs-trophy-r-16
megane-rs-trophy-r-14
megane-rs-trophy-r-7

Satu fakta menarik, setakat September 2019, Jepun ialah pasaran utama untuk varian RS, mengatasi Jerman dan Perancis dan ketiga untuk Megane RS. Sebelum dilancarkan di Jepun, Megane RS Trophy-R dihantar ke litar Suzuka awal tahun ini untuk menjalani ujian pembangunan bagi memenuhi cita rasa pelanggan di Negara Matahari Terbit itu.

Berbanding RS Trophy, model Trophy-R digerakkan enjin berkuasa 300hp yang sama, kecuali berat yang dikurangkan kepada 130kg dan dibekalkan set aerodinamik baharu, termasuk suspensi dan casis.

Megane RS Trophy-R ialah model popular di Jepun, dan Renault Jepun sendiri memperuntukkan lebih 50 unit termasuk varian Carbon-Ceramic Pack.

BACA >>> 7 Fakta Pantas: Renault Megane RS280 Cup Kini di Malaysia, Harga RM280k

LEAD - TROPHY R NEW RECORD AT THE SUZUKA CIRCUIT (1)
TROPHY R NEW RECORD AT THE SUZUKA CIRCUIT (4)
TROPHY R NEW RECORD AT THE SUZUKA CIRCUIT (3)
TROPHY R NEW RECORD AT THE SUZUKA CIRCUIT (2)
megane-rs-trophy-r-14
megane-rs-trophy-r-15
megane-rs-trophy-r-16
megane-rs-trophy-r-17
megane-rs-trophy-r-3
megane-rs-trophy-r-1
megane-rs-trophy-r-2
megane-rs-trophy-r-8
megane-rs-trophy-r-9
megane-rs-trophy-r-11

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Laurent Hurgon, Mégane R.S., Mégane R.S. Trophy-R, Megane RS Trophy-R, Renault

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev