• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 9 Tip Redah Banjir yang Perlu Anda Tahu (Jika Terpaksa)

#ApaNakBuat: 9 Tip Redah Banjir yang Perlu Anda Tahu (Jika Terpaksa)

May 13, 2016 By Han Othman 3 Comments

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANDU dalam hujan lebat berpanjangan memang mencemaskan, terutama di bandar besar yang berisiko mengalami banjir kilat. Artikel kali ini akan berkongsi kepada anda tip redah banjir.

Namun, nasihat kami, jika anda belum memandu, sila tangguhkan perjalanan dan tunggu hingga hujan reda dulu. Jika sedang memandu, cuba cari kawasan untuk berhenti sementara menunggu cuaca kembali pulih. Ini kerana kita tidak dapat mengagak seteruk mana hujan melanda.

BACA >>> #ApaNakBuat: Hujan Lebat? Ikut Tip Ini untuk Memandu Selamat!
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Pandu Selamat Ketika Hujan Lebat

redah-banjir

  1. Jangan cuba redah banjir jika tidak pasti kedalaman air. Jadikan kaki lima, pembahagi jalan dan papan tanda di tepi jalan sebagai penunjuk.
  2. Jika mahu meredah banjir, pastikan melalui bahagian jalan paling tinggi.
  3. Pandu secara tetap, kekalkan kelajuan yang sangat perlahan supaya tidak menyebabkan air bergelombang  di hadapan. Benarkan kenderaan depan jauh melepasi anda terlebih dulu.
  4. Pastikan dapat lihat laluan daratan yang jelas di depan supaya tidak perlu berhenti mengejut di tengah air kerana hilang punca.
  5. Memandu laju sangat bahaya untuk kenderaan lain, terutama motosikal dan pejalan kaki, serta boleh menyebabkan hilang kawalan akibat masalah akuasatah (aquaplaning), iaitu situasi tayar kenderaan tidak mencecah permukaan jalan kerana terdapat lapisan air antara kedua-duanya.
  6. Pandu dalam jarak selamat dari kenderaan depan.
  7. Jangan cuba memandu melepasi air atau banjir yang sedang mengalir laju. Anda berisiko diseret air!
  8. Uji brek selepas melepasi banjir.
  9. Jika enjin mati, jangan cuba menghidupkan semula enjin kerana kerosakan teruk boleh berlaku. Sebaliknya, minta bantuan kecemasan sama ada menelefon pihak insurans untuk menghantarkan trak tunda atau hubungi pihak bertanggungjawab.

INFOGRAFIK: 7 TIP PANTAS


SUMBER: RAC.co.uk

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, banjir, memandu ketika hujan, tip automobil, tip memandu ketika banjir, tip redah banjir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my