• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda CBR 250RR Edisi BMW HP4 Race

#BikinMotor: Honda CBR 250RR Edisi BMW HP4 Race

November 29, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARGA BMW HP4 bukan murah dan tidak semua orang mampu memilikinya. Itu belum lagi jika anda mengidam HP4 Race yang harganya menjangkau setengah juta RM!

Jadi, untuk memuaskan keinginan sendiri, tidak salah jika kita ubah suai motosikal yang ada. Wang kocek pun tidak terjerut dan selamat daripada pinjaman bank . Mungkin itulah nilai sebuah karya seni modifikasi.

Pemilik Honda CBR 250RR dari negara jiran seberang ini hanya menggunakan sentuhan dekal untuk mengubah imej sportbike suku liter kepada superbike mewah.

BACA >>> Giliran Thailand Bawa Masuk Honda CBR 250RR Versi CBU Jepun, Malaysia Bila Lagi?

BMW HP4 Race versi bikin.
BMW HP4 Race versi ori.

Setiap perincian dekal badan dilakarkan menggunakan perisian komputer Photoshop. Namun, itu bukan kerja mudah kerana dimensi dan imaginasi perlu diterjemahkan kepada produk sebenar. Kombinasi warna depan dilakukan teliti dengan bahagian fender diberikan kemasan karbon seperti BMW HP4.

Kemasan sama kemudian diteruskan lagi pada bahagian badan lain seperti kowl bawah, tangki minyak, depan dan panel sisi badan. Jentera milik Lek Joe Motoblast itu nampaknya berusaha keras untuk menonjolkan karakter lumba dan sporty yang ada pada BMW HP4 untuk CBR 250RR.

BACA >>> BMW HP4 Race - Superbike Rare dengan Kuasa 215hp, Hanya RM520,900!

Honda CBR 250RR versi HP4_10
Honda CBR 250RR versi HP4_4

Malah, fairing kiri dan kanan diberikan strip biru dan merah berserta tulisan 'HP4' dengan fon sama seperti model BMW itu. Begitu juga deretan nama penaja yang disusun di sisi fairing yang mirip versi original, terdiri daripada 2D, Öhlins, Akrapovich, Gilless.Tooling, Ilmberger Carbon dan Brembo. Uniknya, Lek Joe mengekalkan pelekat logo 'Honda' dan 'CBR250'.

Penampilan motor itu mungkin lebih mantap jika bahagian ekzos turut menggunakan produk Akrapovic, tetapi Lek Joe memilih SC Project. Lagi perbezaan, CBR250RR ini dipasangkan rim sport emas dan bukan hitam seperti HP4 Race. Menurut Lek Joe, warna digunakan tidak mudah pudar, manakala dekal mudah ditanggalkan dan tidak meninggalkan bekas pada badan jentera.

GALERI
Honda CBR 250RR versi HP4_3
Honda CBR 250RR versi HP4_4
BMW HP4 Race versi bikin.
BMW HP4 Race versi bikin.
Honda CBR 250RR versi HP4_10
Honda CBR 250RR versi HP4_5
Honda CBR 250RR versi HP4_6
Honda CBR 250RR versi HP4_7
Honda CBR 250RR versi HP4_8
Honda CBR 250RR versi HP4_9
Honda CBR 250RR versi HP4_1

SUMBER: IwanBanaran

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, bikinmotor, BMW, BMW HP4 RACE, Honda, Honda CBR 250RR, kustom, Modifikasi, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev