• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Kenzo Honda Goldwing Sentuhan DMOL - Tribut Pelumba Legenda Jepun

#BikinMotor: Kenzo Honda Goldwing Sentuhan DMOL - Tribut Pelumba Legenda Jepun

December 1, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK ramai mengenali Death Machines of London (DMOL), tetapi selepas melihat hasil kerja yang dilakukan ke atas motosikal ini, anda mungkin akan ingat nama pakar kustom ternama ini.

Tahukah anda ini ialah jentera touring Honda Goldwing (1977) dan diubah suai menjadi sebuah karya seni bergerak dengan sentuhan klasik.

DMOL meleraikan motosikal Jepun ini hingga tinggal frem sebelum membina satu persatu komponen menggunakan teknik moden seperti cetakan tiga dimensi (3D) dan bantuan rekaan berkomputer (CAD). Jentera ini kemudian digelar Kenzo sempena nama Kenzo Tada.

BACA >>> Siapa Sangka Anak Malaysia Ini Ketua Jurutera Honda yang Bangunkan Teknologi Acura

SIAPA KENZO TADA?

kenzo-tada-1
kenzo-tada-2

Kenzo Tada ialah pelumba pertama Jepun dan juga pertama Asia untuk berlumba di Isle of Mann TT. Ia memang satu penghormatan kepadanya. Pada 1930, Kenzo mengembara selama 40 hari di Eropah menerusi jalan darat dengan menaiki kereta api dan laluan laut untuk mengambil bahagian dalam Tourist Trophy di Isle of Mann.

Faktanya, Kenzo tidak menunggang motosikal Honda pun!

DMOL mengambil ilham daripada pahlawan samurai yang mana elemen itu dapat dilihat pada struktur binaan badan yang bertindan satu sama lain seperti sut baju perisai tempur.

Bahagian depan diseimbangkan dengan penggunaan sistem suspensi Öhlins dengan fork dilindungi sekeping logam bentuk C yang menutup bahagian atas kepala motosikal. Komponen panel aluminium itu dihasilkan menggunakan pencetak 3D. Fairing aluminium itu disusun supaya nampak seakan perisai samurai.

Kenzo Gold Wing (9)
Kenzo Gold Wing (7)

Bahagian belakang Goldwing terdapat sistem tetapan suspensi menarik dengan dua unit absorber yang diikat menegak, menghubungkan subfrem belakang pada swingarm. Spring absober itu pula dihasilkan khas pengeluar Britain, Hagon.

Jarak roda motosikal ini ditingkatkan 100mm, manakala sudut kepala pengendalian/stereng dikurangkan 7º. Sistem brek turut dinaik taraf membabitkan dwi-cakera dengan kaliper Brembo M4 daripada BMW untuk roda depan dan juga jenama sama pada roda belakang.

DMOL tidak melakukan modifikasi ekstensif pada trenkuasa 1,000cc Honda Goldwing ini. Sebaliknya cuma dileraikan, diperiksa dan diperbaharui dengan janaan kuasa 80hp @ 7,500rpm.

Sistem karburetor enjin 4-silinder itu ditala semula supaya serasi dengan sistem peredam kustom DMOL. Ia kemudian disembut warna hitam. Akhir sekali, harga motosikal ini ialah £56,000 (RM300,810).

BACA >>> eCub - Motosikal Elektrik Kustom Berasaskan Kapcai Honda Cub dan Super Cub

GALERI
Kenzo Gold Wing (4)
Kenzo Gold Wing (9)
Kenzo Gold Wing (2)
Kenzo Gold Wing (6)
Kenzo Gold Wing (10)
Kenzo Gold Wing (1)

SUMBER: Caradisiac / VisorDown / Rideapart

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Auto Terkini, Death Machines of London (DMOL), Honda, Honda Goldwing, Kenzo Tada, motosikal touring, roda2, touring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev