• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bahu Marquez Sebelah Kanan Pula Tercabut!

Bahu Marquez Sebelah Kanan Pula Tercabut!

November 27, 2019 By Aryon Leave a Comment

465
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MARC Marquez disahkan perlu dibedah bahu kanan pada musim sejuk ini, yang juga pembedahan tahun kedua berturut-turut. Setahun lalu Marquez menjalani pembedahan memulihkan kecederaan bahu kiri.

Marquez terlibat kemalangan pada hari akhir ujian pramusim di Valencia, Isnin lalu yang menyebabkan bahu kanannya tercabut.

Apa yang mengejutkan, Marquez mendedahkan itu bukan kecederaan kali pertama. Bahu kanannya itu sudah pun cedera  di GP Thailand, dan sekali lagi di GP Malaysia, awal bulan ini.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Marquez Buat Selepas Dua Bulan Dibedah Bahu

GP Thailand
GP Malaysia
Ujian Pramusim 2020 - Valencia

Walaupun mampu meneruskan ujian di Jerez, kelmarin dan mencatatkan masa lap terpantas semalam sebelum hujan, juara dunia MotoGP lapan kali itu sebenarnya menanggung derita selepas tergelincir jatuh hingga memaksa beliau mengaktifkan saki baki kuasa baby alien yang dimilikinya untuk menahan kesakitan.

Menurut kenyataan pasukan, Marquez dibedah semalam di Hospital Universitari Dexeus-Quiron di Barcelona bagi mengelak kecederaan lebih teruk berlaku. Pembedahan itu sama seperti apa dilakukan pada bahu kirinya pada penghujung 2018.

Selain Marquez, ada dua lagi pelumba MotoGP turut menjalani pembedahan bahu sejak Oktober lalu, iaitu Takaaki Nakagami (LCR Honda) dan Miguel Oliveira (KTM Tech3).

Ujian pramusim Sepang 2020 dijadualkan bermula 7 Februari tahun depan.

BACA >>> Marquez Jalani Pembedahan Bahu, Jangka Cergas Semula Sebelum Ujian Sepang 2019

Berikut kompilasi kemalangan yang menimpa Marquez yang memburukkan lagi kecederaan bahu kanannya:

GP THAILAND

GP MALAYSIA

UJIAN PRAMUSIM VALENCIA

Related

465
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hospital Universitari Dexeus-Quiron, Marc Marquez, Marc Marquez Dibedah, MotoGP, Pembedahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my