• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda ADV150 - Motosikal Terbaik 2019 di Indonesia!

Honda ADV150 - Motosikal Terbaik 2019 di Indonesia!

November 26, 2019 By Aryon Leave a Comment

408
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA ADV150 dipilih sebagai sebagai motosikal terbaik Indonesia tahun ini untuk Anugerah GridOto 2019. Ini adalah kali kedua skuter advencer itu mendapat anugerah motosikal tahunan terbaik setakat 2019 yang sebelum ini diberikan Forum Wartawan Otomotif (Forwot).

ADV150 mengatasi dua calon lawan, Kawasaki KLX 230 dan Yamaha MT25 yang mana penilaian dibuat berdasarkan pelbagai aspek seperti rekabentuk, ciri, teknologi, prestasi, keselesaan, nilai untuk wang, dan jenis varian.

ADV150 jelas unggul dari segi rekabentuk yang tampil berbeza berbanding model skuter kelas 150cc lain. Ini termasuk menawarkan kualiti pengendalian dan karakter suspensi yang seronok ditunggang, sekali gus menyumbang markah tambahan kepada kemengan skuter berkenaan.

honda-adv150-terbaik-indo-1
honda-adv150-terbaik-indo-2

Ketua Editor GridOto.com, Billy Riestianto berkata, mata paling tinggi diperoleh ADV150 ialah ciri dimiliki skuter itu.

"Mata paling tinggi skuter ini adalah ciri yang sangat lengkap yang memberikan nilai terbaik buat pengguna motosikal di Indonesia,” katanya,

Selain 'Motosikal Terbaik' 2019, ADV150 juga dinobatkan sebagai 'Skuter 150cc Terbaik'. Skuter lain yang turut mendapat penghargaan ialah Honda Genio untuk 'Skuter 110-125cc Aras Mula Terbaik'.

Dalam kategori sportbike, Honda CBR250RR dinobatkan 'Sportbike Fairing 250cc Terbaik', manakala Honda CRF150L merangkul anugerah 'Sportbike Dwi Guna 150cc Terbaik'. Bagi kategori khas pula, Honda CBR250RR terpilih sebagai pemenang kategori 'Pecutan Terbaik', manakala Honda Genio meraih 'Penjimatan Bahan Api Terbaik'.

SUMBER: DapurPacu

Related

408
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Anugerah GridOto 2019, Astra Honda Motor, Astra Honda Motor (AHM), Auto Terkini, Billy Riestianto, Honda, Honda ADV150, Motorcycle of the Year, roda2, skuter, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev