TC EURO Cars (TCEC) memperkenalkan Renault Koleos (2020) versi dipertingkat (facelift) supaya tampil segar di pasaran. Crossover kompak itu kali pertama tiba ke Malaysia pada 2016 dalam versi pacuan dua roda (2WD) sebelum versi pacuan empat roda (4WD) diperkenalkan setahun kemudian.
BACA >>> Renault Koleos Serba Baharu (2016) - Mampukah Menawan Hati Rakyat Malaysia?
DUA PILIHAN VARIAN
Kini, Koleos (2020) facelift ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu:
- Koleos - RM179,888
- Koleos Signature - RM189,888
* Harga termasuk SST, tanpa insurans
GAYA MASKULAR
Penampilan Koleos (2020) facelift kini lebih agresif dan maskular menerusi garis badan berotot dan bampar baharu serta aksen krom lebih lebar hingga ke lampu kabus. Di belakang, bampar baharu dipadankan dengan aksen krom dua tona, sama seperti depan.
Melengkapkan penampilan SUV kompak itu, Renault memilih rim aloi 18 inci untuk Koleos Standard dan rim aloi 19 inci untuk Koleos Signature. Kemas kini lain termasuklah opsyen warna baharu seperti Amethyst Black (hitam), Millesime Red (merah) dan Ultra Silver (perak) selain warna sedia ada Universal White (putih) dan Black Metallic (hitam metalik).
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan SUV dan Crossover?
KABIN DENGAN SISTEM HIBURAN BAHARU
Tawaran kabin lapang bercita rasa mewah gaya Eropah membuatkan perjalanan jauh terasa santai, selesa dan menyenangkan. Kerusi pemandu dan penumpang depan kini boleh dilaraskan secara elektronik. Kerusi penumpang belakang juga kini memiliki konfigurasi boleh laras dua tahap dengan ruang lega lutut 289mm, termasuk ekstra ruang kepala, bahu dan siku.
Kerja memunggah masuk dan keluar barangan dalam but belakang juga kini lebih mudah dengan ciri pintu but bebas tangan dengan bukaan boleh dilaraskan mengikut keperluan pemilik. Sistem audio dilengkapkan unit infotainment 8.7 inci R-LINK2 dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
Bahagian mekanikal masih kekal menggunakan enjin petrol 2.5L berkuasa 169hp dan tork 226Nm dengan transmisi CVT X-Tronic, manakala tahap penggunaan bahan api kira-kira 8.1 liter per 100km.
BACA >>> #PanduUji: Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Honda CR-V Baharu Versi Premium
CIRI KESELAMATAN MODEN
Berikut ciri keselamatan ditawarjab Koleos (2020) facelift:
- Dua beg udara tirai
- Sistem Amaran Titik Buta (BSW)
- Program Stabiliti Elektronik (ESP) generasi terkini dan Kawalan Traksi (TCS)
- Brek Bantuan Kecemasan (EBA)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Daki Bukit (HSA)
- Kamera undur
- Sensor parkir depan, belakang, dan sisi
WARANTI
Koleos (2020) facelift dipakejkan dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, termasuk servis penyelenggaraan biasa selama 5 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu).
Leave a Reply