LEGO buat kali pertama mengeluarkan tayar pada 1962. Antara fakta menarik, syarikat permainan bongkah plastik itu adalah pengeluar tayar terbesar dunia mengalahkan syarikat lain.
Sehingga 2011, Lego sudah mengeluarkan 381 juta tayar! Kereta juga menjadi produk penting LEGO dan diminati jutaan pengguna serata dunia. Kami juga kerap menyiarkan artikel mengenai model-model baharu LEGO.
BACA >>> LEGO Batman 1989 Batmobile Edisi Terhad Sempena Rai 30 Tahun Filem Batman
Terbaharu, LEGO Group dan Nissan memperkenalkan set baharu sebagai tribut kepada salah satu model ikonik Jepun yang tidak lain tidak bukan - Nissan GT-R NISMO.
Ini kerjasama pertama antara LEGO dan Nissan, dan boleh dianggap peristiwa penting buat kedua-dua pengeluar popular itu. Set mainan baharu itu dilancarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LEGO Goup, Niels B Christiansen, dan Naib Presiden Eksekutif Nissan, Asako Hoshino di ibu pejabat Nissan di Yokohama.
BACA >>> LEGO Bugatti Chiron Saiz Sebenar Ini Memang Boleh Dipandu - 5.3hp, 92Nm
LEGO berharap model itu akan menjadi ilham kepada kanak-kanak untuk mempelajari lebih mendalam mengenai kejuruteraan, sekali gus membuka peluang menghasilkan sesuatu di dunia sebenar.
Set LEGO Speed Champions Nissan GT-R NISMO akan mula dijual di peringkat global bermula Januari 2020, yang juga satu daripada set pertama Speed Champions 2020 dengan saiz 25 peratus lebih besar berbanding tahun sebelum ini.
Set GTR NISMO ini menggunakan 298 elemen LEGO dengan perincian rapi seperti kereta sebenar. Ia juga disebut Ketua Rekabentuk LEGO, Chris Stamp sebagai cabaran menarik. Malah, Ketua Pakar Produk GT-R, Hiroshi Tamura, juga dipanggl Mr GT-R, turut mengakui dan memuji perincian set kecil GT-R.
Hiroshi juga teruja dengan tumpuan kepada perincian LEGO Group yang mengingatkan kita kepada tentang takumi atau pakar yang memasang GT-R.
BACA >>> Honda Civic Type R LEGO Saiz Penuh Ini Dibina dengan 320,000 Bongkah dan 1,300 Jam
Maklumat LEGO Speed Champions Nissan GT-R NISMO
- Tempoh pembangunan: Sekitar 12 bulan
- Jumlah komponen: 298 kubikel
- Tempoh pemasangan: Pakar pemasang LEGO - 20 minit. Pemasang normal LEGO - 1 jam
- Berat: 193gram
BACA >>> Spesifikasi Nissan Almera Thailand Didedahkan, Guna Enjin 1.0L Turbo (100hp, 152Nm)
Leave a Reply