• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 4 Tip Pantas Cuci Kerusi Fabrik Kereta

#ApaNakBuat: 4 Tip Pantas Cuci Kerusi Fabrik Kereta

November 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

275
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN enjin, bahagian kabin kereta juga perlu diselenggara, terutama kerusi yang menggunakan material fabrik. Jika kotoran dibiarkan lama, kabin boleh nampak kusam dan kotoran semakin sukar hendak dibersihkan.

Sebenarnya, Anda boleh saja buat cucian sendiri tanpa perlu ke pusat cuci kereta asalkan ada bahan dan alatan mencukupi. Selain dapat jimat belanja, hasilnya juga pasti memuaskan hati kerana semuanya dilakukan sendiri.

Bahan diperlukan juga mudah dicari dan boleh saja disimpan dalam kereta serta digunakan pada bila-bila masa apabila diperlukan. Paling penting, asalkan rajin!

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cuci Enjin Kereta Cara Selamat

1. SEDIAKAN ALATAN CUCI

vakum-kereta
Barang cuci kerusi fabrik
berus-cuci-kereta

Alatan asas yang diperlukan untuk mencuci kerusi fabrik kereta ialah vakum, cecair pencuci dan berus.

2. GUNA VAKUM DAN BERUS

Perkara pertama perlu dilakukan, bersihkan kerusi, termasuk karpet menggunakan vakum untuk menghilangkan debu dan partikel kotoran halus. Jika rumah anda jenis atas tanah seperti teres, boleh saja gunakan vakum rumah biasa. Tetapi, jika anda tinggal di pangsapuri, boleh beli vakum khas yang disambungkan pada soket 12v dalam kereta.

berus-kereta-interior-5
berus-kereta-interior-3
berus-kereta-interior-4
berus-kereta-interior-1

Bagi menghilangkan debu atau habus di ruang sempit, boleh gunakan berus khas yang boleh dibeli di kedai aksesori kereta. Sebaiknya, gunakan berus lembut supaya tidak merosakan struktur fabrik.

3. GUNA BAHAN PENCUCI KHAS

Ada banyak jenis bahan pencuci di pasaran yang boleh digunakan untuk membersihkan material fabrik kerusi. Hati-hati membaca label bahan pencuci yang hendak dibeli, dan pastikan betul-betul untuk kegunaan fabrik.

Anda boleh juga guna bahan detergen yang perlu dibancuh sendiri. Tetapi lebih mudah kalau beli bahan pencuci jenis penyembur untuk memudahkan lagi kerja-kerja mencuci.

4. GOSOK DAN SENTAL

Selepas menyembur atau meletakkan bahan pencuci pada kerusi fabrik yang kotor, gosok dan sentallah perlahan-lahan dalam satu arah atau dalam bentuk bulatan supaya material tidak rosak. Lakukan berulang kali hingga kesan kotoran hilang, tambahan lagi untuk kotoran yang sudah terbiar lama.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tak Suka Bau Kedai Kereta Baharu? Apa Kata Cuba Tip Ini...

SUMBER: Carmudi

Related

275
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, apanakbuat, autotainment, cara cuci kereta, Cara Cuci Kerusi Fabrik Kereta, cuci kerusi fabrik, Tip Cuci Kerusi Kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev