AMBER Dual Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Beijing Auto International Cooperation (BAIC) di Malaysia dipilih sebagai rakan kongsi strategik untuk dijadikan hab pemasangan tempatan (CKD) bagi semua model kenderaan pemanduan sebelah kanan.
Pengarah Urusan Amber Dual, Shabudin Md Saman berkata, kilang di Gurun, Kedah bakal dijadikan sebagai hab pemasangan CKD.
" Bukan saja untuk Malaysia, kesemua model CKD ini turut akan dieksport ke negara-negara Asia Tenggara.
" Buat fasa pertama, kami akan membawa masuk model BAIC D20 versi pemasangan sepenuhnya (CBU) dan dijangka bakal berada di pasaran pada Oktober 2016.
" Pada masa sama, BAIC D20 versi CKD turut akan dijalankan. Selain D20, kami juga akan memperkenalkan model elektrik EV200 ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat," katanya.
BACA>>> BAIC D20 – Pencabar Baharu Model Kompak Di Malaysia
Selain itu, Amber Dual turut dalam perancangan membawa lebih banyak lagi model BAIC ke pasaran Malaysia.
Tambah Shabudin lagi, pihaknya optimis jenama BAIC akan mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia memandangkan jenama dari China itu memiliki reputasi yang baik selain terkenal sebagai syarikat pengeluar utama kenderaan elektrik di dunia.
Sehingga kini, BAIC Malaysia sudah memiliki 11 pengedar di mana 10 daripadanya turut menawarkan perkhidmatan selepas jualan.
" Dari masa ke semasa, kami akan menambah pengedar dan pusat servis dalam usaha menyediakan perkhidmatan selepas jualan lebih baik buat pelanggan," kata Shabudin lagi.
Maklumat lanjut mengenai Amber Dual, layari www.amberdual.com.my.
ALAMAT:
Amber Dual Sdn Bhd
B-11-01, Tower B, No. 8, PJ Trade Centre,
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor.
TEL: 03- 7726 1230
FAX: 03- 7726 2230
Leave a Reply