• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Seltos - SUV Segmen-B untuk Peminat Gaya Boxy

Kia Seltos - SUV Segmen-B untuk Peminat Gaya Boxy

November 26, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RUPA-rupanya Kia Motors ada dua pelancaran model sama pada minggu yang sama di dua negara berbeza. Pelancaran pertama ialah Kia Seltos di Pameran Auto Antarabangsa Los Angeles (LAIAS) 2019, manakala pelancaran kedua ialah Kia KX3 di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou (Auto Guangzhou) ke-17 di China.

Seltos disasarkan untuk bersaing dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) yang kompetitif di China. Sebenarnya, bukan China saja, SUV segmen-B memang popular di peringkat global dengan pelbagai tawaran seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, Nissan Kicks, Renault Captur dan sebagainya.

Selain AS dan China, Seltos turut dilancarkan di India dan Australia. Seandainya ditawarkan di pasaran Malaysia pula, model SUV ini bakal bersaing dengan Proton X50 dan SUV baharu Perodua (belum tahu).

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Toyota Raize yang Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

Dari segi penampilan, Seltos tampil berbeza dengan model Kia lain dan tidak sama dengan satu lagi SUV segmen-B Kia, iaitu Stonic. Bahagian depan Seltos lebih sofistikated dan boxy berbanding gaya ringkas SUV Kia lain. Namun, identiti hidung harimau aka Tiger Nose kekal menjadi signatur kebanggaan pengeluar dari Korea itu.

Bahagian belakang juga sama, Kia bermain dengan permukaan beralun dan berlekuk. Secara keseluruhannya Seltos seakan mengimbau semula populariti jip lasak suatu masa dulu. Selain berpenampilan lasak, SUV ini siap dilengkapi komponen moden dan premium seperti teknologi LED untuk lampu depan dan belakang. Kemasan perak pada bampar dan bonet untuk aura premium.

BACA >>> Giliran Kia Pula Dedah Foto Rasmi Stonic (2018), Bikin Peminat SUV Rambang Mata

Tema premium diteruskan pada bahagian dalaman melalui pemilihan material berkualiti, sistem infotainment dengan skrin sentuh 10.25 inci dan efek pencahayaan mengikut bunyi audio, dinamakan Sound Mood Lighting.

Seltos ditawarkan dengan enjin 1.6 T-GDI dan 2.0L, manakala KX3 versi China dibekalkan varian enjin tunggal, iaitu 1.5L dengan transmisi automatik 8-kelajuan berkuasa 113hp dengan penggunaan bahan api 5.4 liter per 100km (bandar dan lebuh raya).

Seltos turut dilengkapi ciri konektiviti pintar menerusi sistem telematik UVO CONNECT yang membantu memberikan maklumat dan bantuan pengesanan seandainya berlaku kecurian kenderaan, amaran keselamatan, makluman pasca kemalangan dan bantuan kecemasan.

BACA >>> Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

Seltos turut dilengkapi teknologi moden seperti Sistem Bantuan-Pemandu Termaju (Advanced Driver-Assistance Systems, ADAS), Bantuan Perlanggaran Depan (Forward Collision Assist FCA), Amaran Perhatian Pemanduan (Driver Attention Warning, DAW) dan Brek Parkir Elektrik (Electric Parking Brake, EPB).

Di India, Seltos dijual pada harga bermula ₹969,000 (RM56,567) untuk varian standard, HTE hingga ₹1,599,000 (RM93,337) untuk varian premium GTX+. Kalau di pasaran Malaysia, rasanya harga ditawarkan tidak akan jauh berbeza dengan Honda HR-V.

BACA >>> Mantan Ketua Rekabentuk BMW, Karim Habib Sertai Kia Motors

kia-seltos-15
KIA KX3.01
KIA KX3.02
KIA KX3.03
KIA KX3.04
KIA KX3.05
KIA KX3.06
KIA KX3.07
KIA KX3.08
kia-seltos-1
kia-seltos-2
kia-seltos-3
kia-seltos-4
kia-seltos-5
kia-seltos-6
kia-seltos-7
kia-seltos-8
kia-seltos-9
kia-seltos-10
kia-seltos-11
kia-seltos-12
kia-seltos-13
kia-seltos-14
kia-seltos-16
kia-seltos-17
kia-seltos-18
kia-seltos-19
kia-seltos-20
kia-seltos-21

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia KX3, Kia Seltos, Roda4, SUB Subkompak, SUV, SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev