PENYENGGARAAN ialah asas penjagaan motosikal yang sangat penting dan sering diambil mudah pemilik. Ada yang langsung tidak peduli tentang tempoh servis berkala dan tidak kisah tentang pemeriksaan motosikal sampai kepada tahap asalkan boleh jalan.
Sama seperti kenderaan bermotor lain, motosikal juga perlu disenggara. Bukannya payah pun, jika anda amalkan tip mudah di bawah ini, anda bukan saja mampu menjimatkan masa atas jalan, tetapi juga mengurangkan risiko motosikal rosak tiba-tiba.
Jadi, lakukan 8 tip mudah senggara motosikal ini supaya kenderaan anda dapat berkhidmat lama dengan memberikan prestasi optimum sepanjang masa.
BACA >>> PETRONAS Sprinta Beri Impak Besar Terhadap Quartararo Sebagai Rookie Terbaik
1. PERIKSA TEKANAN ANGIN TAYAR
Tayar motosikal penting untuk memastikan anda dan pembonceng selamat. Tekanan angin tayar motosikal yang mencukupi mempengaruhi prestasi pengendalian, brek dan pecutan motosikal. Sebaliknya tayar yang kurang angin memberikan impak besar terhadap keselamatan tunggangan.
Amalkan memeriksa tekanan angin, dan kondisi tayar setiap seminggu sekali atau sebelum menunggang. Periksa tanda kerosakan, lusuh, pecah, rekah dan retak. Minimum ketebalan bunga tayar bagi motosikal 50cc ialah 1mm. Tekanan angin untuk tayar pula boleh dibaca dalam buku manual.
2. PASTIKAN ENJIN SEJUK
Bagi motosikal yang menggunakan sistem penyejukan khas, bahan penyejuk atau coolant perlu diperiksa dan diganti baharu bagi meningkatkan prestasi dan jangka hayat motosikal. Buku manual ada menyarankan jenis bahan penyejuk yang boleh digunakan, bergantung perbatuan dan variasi suhu.
Pastikan enjin tidak panas sebelum menambah coolant untuk elak berlaku keretakan akibat perubahan suhu mendadak. Sekiranya enjin terlalu panas, anda berisiko tercedera. Jadi, gantikan cecair penyejuk sebelum memulakan perjalanan atau tunggu hingga enjin sejuk.
3. MINYAKKAN RANTAI KETIKA MASIH PANAS
Pastikan rantai berada pada tahap kendur yang betul (sekitar 1 inci setiap rantai). Rantai terlalu tegang boleh menyebabkan kerosakan ke atas roda dan bering kotak gear. Tambah pelincir atau minyak rantai sebaik saja pulang berkonvoi ketika motor masih panas supaya boleh diserap rantai ketika enjin sejuk.
Jangan juga lupa bersihkan rantai setiap kali menukar (salin) minyak. Maksudnya, selepas rantai dicuci dan disapu minyak baharu.
4. PASTIKAN LAMPU BERFUNGSI BAIK
Kerap memeriksa lampu ialah amalan yang sangat bagus demi keselamatan penunggang. Jika lampu rosak atau pecah, itu bermakna motosikal anda berbahaya ditunggang dan berisiko tinggi ditahan polis. Walaupun mentol dalam keadaan baik, tetapi perumah lampu mungkin terkumpul debu dan kotoran. Pastikan dicuci atau dilap sekerap mungkin.
Pastikan semua lampu menyala dengan elok, terutama lampu belakang yang terdiri daripada lampu belakang, lampu brek dan lampu signal belok. Boleh periksa menggunakan kaedah reflek tangan sepert mana diajar di sekolah memandu.
5. PERIKSA, SERVIS BATERI
Bagi mengelak sebarang masalah atau kegagalan kuasa, periksa bateri sebulan sekali. Bersihkan terminal dengan berus dawai dan pencuci khas untuk mengelak kakisan berlaku. Jika mahu bajet, boleh saja cuci gunakan soda bikarbonat atau minuman Coca-Cola, tetapi pastikan dibilas sebersihnya. Elakkan bahan kimia kuat.
Pastikan penutup lubang isi air bateri ketat supaya tidak dimasuki bahan cuci. Selepas benar-benar kering, boleh semburkan bahan anti-karat pada terminal untuk elak pembentukan kakisan. Kerap menunggang jarak dekat dan sekali sekala bergerak jauh ialah cara terbaik memastikan bateri motosikal dicas baik.
6. TUKAR PENAPIS UDARA
Penapis udara (air filter) yang tidak pernah ditukar atau diservis boleh menjejaskan prestasi enjin. Kotoran dan bendasing yang terkumpul lama boleh menyebabkan pembakaran enjin kurang optimum. Enjin motosikal anda akan jadi semput, sebu dan sukar hendak dihidupkan serta boleh mati tiba-tiba. Lebih teruk, merosakkan komponen dalaman enjin!
Servis penapis udara setiap kali menukar minyak enjin atau tukar bila kondisi sudah terlalu kotor dan uzur.
Jangan keliru pula dengan penapis minyak (oil filter). Penapis yang satu ini memang mesti tukar setiap kali tukar minyak enjin.
7. PERIKSA BREK
Ini penyelenggaraan penting yang perlu diperhatikan selalu. Brek yang berfungsi baik mampu menjamin keselamatan penunggang. Jika motosikal anda menggunakan brek cakera, sila periksa ketebalan pad brek, dan tukar baharu apabila nampak nipis. Begitu juga brek dram. Boleh juga tukarkan apabila tunggangan mencapai perbatuan 30,000km, atau minta nasihat mekanik.
8. GUNA MINYAK ENJIN PETRONAS SPRINTA
Ini yang paling penting. Tak guna buat semua tip di atas kalau terlupa atau buat tidak peduli saja pasal minyak enjin. Tukarlah minyak enjin, termasuk penapis minyak sekali, mengikut gred minyak enjin yang disarankan pengeluar motosikal anda. Lagi cantik kalau pilih minyak enjin PETRONAS Sprinta F900 dan F700 baharu yang setiap satu terbahagi kepada dua gred:
- Sprinta F900 10W-40 - untuk prestasi optimum motosikal berkuasa tinggi
- Sprinta F900 10W-50 - untuk prestasi optimum motosikal lumba
- Sprinta F700 10W-40 - untuk tunggangan hebat dan jangka hayat lebih lama
- Sprinta F700 15W-50 - untuk tunggangan hebat dan jangka hayat lebih lama
Apa yang bagus sangat PETRONAS Sprinta ni?
- Mudah Dicari - Boleh dikatakan banyak bengkel motosikal ada minyak enjin PETRONAS Sprinta. Produk ini pun senang dicari dan dibeli di mana-mana stesen minyak PETRONAS terdekat.
- Teknologi Ultraflex™ - Minyak enjin motosikal PETRONAS Sprinta diformulasikan daripada pengalaman pembabitan dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, mampu melindungi komponen penting motosikal seperti enjin, klac dan gear.
- Lindungi Komponen Kritikal Motosikal - Walaupun menunggang dalam rpm tinggi, PETRONAS Sprinta dengan UltraFlex™ mampu mengekalkan kekuatan filem, kestabilan dan kelikatan minyak untuk melindungi komponen kritikal enjin daripada suhu dan tekanan tinggi.
- Pelbagai Gred - PETRONAS Sprinta menawarkan pelbagai gred minyak enjin untuk dipilih mengikut jenis motosikal dan bajet pengguna seperti Mineral, Semi-Sintetik dan Sintetik Penuh. Harga bermula serendah RM15 hingga RM67 sebotol.
Leave a Reply