• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / #TahukahAnda: Apakah Visor Iridium Pada Helmet?

#TahukahAnda: Apakah Visor Iridium Pada Helmet?

November 21, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA banyak jenis visor helmet di pasaran, tetapi ingat, hanya visor jernih atau memiliki tahap lutsinar 70 peratus yang dibenarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kalau terlebih gelap, sendiri mahu ingat.

Ada kalangan penunggang hari ini memilih visor iridium untuk dipasangkan pada helmet muka penuh (full-face) atau muka terbuka (open-face). Apakah visor iridium?

Visor iridium menawarkan pandangan warna berbeza antara lapisan kaca luar dan dalam. Contohnya, jika visor luaran itu berwarna biru, tetapi pandangan dari dalam berwarna kuning. Inilah sebab ramai penunggang sukakan visor tersebut, kerana keunikannya selain menawarkan kejelasan pandangan yang tidak menyakitkan mata.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Hilangkan Calar Visor Helmet dengan 5 Langkah Mudah

Perbandingan antara visor jernih dan iridium biru

Perubahan warna tersebut diperoleh daripada paduan warna antara lapisan iridium dan bahan asas kaca visor, seperti visor jernih atau visor smoke untuk memberikan efek warna berbeza. Jadi pandangan penunggang dari dalam visor adalah berbeza dengan apa yang orang luar pandang. Ini terjadi kerana berlaku proses peleburan warna dari dakwat ke lapisan iridium.

Jangan bimbang, perubahan warna visor itu tidak memberi kesan kepada pandangan dan tumpuan ketika menunggang. Beberapa lapisan dalam iridium juga memiliki sifat menangkap kontras pada malam hari.

Berikut efek visor iridium mengikut warna:

  • Iridium Biru: Bertukar kepada kuning. Jenis ini paling selamat untuk kegunan siang dan malam kerana menangkap kontras cahaya pada malam.
  • Iridium Merah: Bertukar kepada biru gelap. Tidak sesuai untuk kegunaan malam, terutama pengguna berkaca mata kerana terlalu gelap.
  • Iridium Perak: Bertukar kepada efek gelap/redup dengan intensiti yang tidak terlalu kuat. Tahap gelap hampir sama dengan visor jenis smoke, tetapi lebih gelap sedikit.
  • Iridium Hijau: Bertukar sedikit kemerahan. Pandangan masih di bawah iridium biru, tetapi tidak segelap iridium merah.

BACA >>> Helmet Shoei GT AIR II Versi Touring dengan Visor Baharu dan Ciri Komunikasi Moden

Sebagai perbandingan, lihat gambar di bawah ini:

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: tahukah anda, TahukahAnda, Visor, visor gelap, Visor Helmet, Visor Iridium

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my