• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / JCB Fastrac - Traktor Turbo yang Paling Pantas di Dunia, 247kmj!

JCB Fastrac - Traktor Turbo yang Paling Pantas di Dunia, 247kmj!

November 25, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI BARAT, banyak idea kejuruteraan luar biasa dan gila-gila diterjemahkan kepada dunia dan antara contoh terbaharu, projek traktor JCB terpantas dunia!

Traktor dan kelajuan adalah dua perkara asing, ibarat medan magnet positif dan negatif. Namun, asalkan ada tayar dan enjin, perkara tersebut sebenarnya bukan mustahil. Williams Advanced Engineering (WAE) yang mempunyai kepakaran dalam dunia perlumbaan diminta membantu JCB untuk merealisasikan rekod traktor terpantas dunia.

Dengan kepakaran dalam bidang aerodinamik, tugas WAE adalah memaksimumkan prestasi aerodinamik traktor tanpa menjejaskan rekabentuk utama jentera tersebut. Menggunakan traktor standard JCB Fastrac, pasukan WAE menganalisis empat bahagian utama jentera itu dan dapat mengurangkan pekali seretan (drag coefficient) dengan banyak.

BACA >>> Trak Pikap Paling Macho - Mitsubishi Triton Quest Lancar! Harga RM79,890

Traktor itu dilengkapi bampar aero dengan bahagian bawah mempunyai permukaan rata bagi memastikan udara dapat mengalir lancar di bawah jentera. Cermin ditanggalkan daripada kabin, manakala  angkup depan (overhang) dikurangkan. Pengubahsuaian turut dilakukan supaya udara bersih saja dapat dihirup masuk ke dalam inlet turbo.

Secara keseluruhannya, WAE melakukan lebih 65 simulasi Dinamik Bendalir Berkomputer (CFD). Hasilnya, pekali seretan dapat dikurangkan sebanyak 25 peratus berbanding traktor Fastrac standard.

BACA >>> Bentley Bentayga Speed (2020) Kini SUV Terpantas Dunia

Traktor JCB Fastrac itu kemudian dipandu uji Guy Martin yang juga pelumba motosikal, mekanik lori dan penyampai TV. Bertempat di pangkalan udara Elvington, beliau akhirnya mencatatkan rekod traktor terpantas dunia dengan kelajuan maksimum 247kmj, manakala kelajuan purata ialah 217kmj. Dahsyat!

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Karpet Kereta yang Sesuai?

GALERI
traktor-jcb-terpantas-dunia-2
JCB Fastrac 01
traktor-jcb-guy-martin
traktor-jcb-terpantas-dunia-1
JCB Fastrac
traktor-jcb-terpantas-dunia-3
traktor-jcb-terpantas-dunia-6
traktor-jcb-terpantas-dunia-4
traktor-jcb-terpantas-dunia-5

Related

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Guy Martin, JCB, JCB Fastrac, Roda4, traktor, Traktor Terpantas Dunia, Williams Advanced Engineering

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev