• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sudah, Kereta Terbang Dah Tak Boleh Terbang?

Sudah, Kereta Terbang Dah Tak Boleh Terbang?

November 20, 2019 By Azhan O Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KUSANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mungkin ini peribahasa paling sesuai untuk menggambarkan berita terbaharu ini.

Kereta terbang (atau sebetulnya dron) yang akan terbang esok (Khamis, 21 November) seperti dimaklumkan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Redzuan Md Yusof dikatakan tidak boleh diterbangkan kerana tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Berdasarkan maklumat pelbagai media, kereta terbang yang bakal diterbangkan esok itu ialah dron Ehang 216 buatan syarikat dari China, Beijing Yi-Hang Creation Science & Technology Co Ltd. Model itu adalah projek usahasama antara syarikat tempatan EastCap Bhd dan dua lagi syarikat China, EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited.

Menurut CAAM, ujian tidak boleh dijalankan kerana lokasi penerbangan itu, iaitu di Hangar UNIKL MIAT Subang, adalah kurang 200 meter dari laluan trafik pesawat dan helikopter komersial yang berada dalam zon Terminal Lapangan Terbang Subang.

CAAM memberitahu, Ehang 216 hanya ada Permit Khas Penerbangan (SFP) negara pengeluar, iaitu Pentadbiran Penerbangan Awam China yang terhad untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) penerbangan di Grand World Science Park, Guangzhou.

So, kita layan video YouTube kat China je la? Gempak juga hoiiii....

BACA >>> Menteri: Kereta Terbang Akan Terbang Khamis Ini!
BACA >>> Kereta Terbang: Bukan yang Empat Propeler, Tapi Lapan Kipas?

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Beijing Yi-Hang Creation Science & Technology Co Ltd, Datuk Mohd Redzuan Md Yusof, EastCap Bhd, EHang Intelligent Equipment (Guangzhou), Kereta Terbang, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Strong Rich Holdings Limited, Super Dron

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev