• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda CX-30 Buka Tempahan, Harga Mula RM143k Sahaja

Mazda CX-30 Buka Tempahan, Harga Mula RM143k Sahaja

November 20, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA Malaysia membuka tempahan CX-30 (2019) serba baharu bermula hari ini. Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu, yang tampil dengan bahasa rekabentuk Kodo, bakal mengisi slot segmen antara CX-3 dan CX-5.

CX-30 didatangkan dalam tiga pilihan varian, iaitu:

  • 2.0L - RM143,119.20
  • 2.0L High - RM164,119.20
  • 1.8L Diesel High - RM173,027.70

* Harga tidak termasuk insurans.

Model import penuh (CBU) itu menampilkan rekabentuk bersih, dan slik tanpa garis badan, tetapi pelapik keliling gerbang roda direka besar, membuatkan roda nampak kecil. Rupa dalaman tampil menarik dan elegan dengan rekabentuk mewah yang memberikan fokus utama kepada pemandu.

Imej premium diserlahkan menerusi kemasan sulaman benang kontras untuk papan pemuka. Sistem infotainment juga direka baharu dengan memuatkan paparan skrin lebar 8.8 inci dan tombol kawalan rotari. Antara ciri standard kabin yang disediakan ialah sistem MazdaConnect dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, dan paparan warna penuh dengan sambungan auksiliari dan Bluetooth.

CX-30 juga didatangkan dengan lapan sistem pembesar suara sebagai standard. Pasaran Malaysia menerima dua varian enjin: 2.0L petrol dan 1.8L diesel.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Mazda CX-30 (2020) yang Anggun Debut di Geneva

Enjin 4-silinder 2.0L SkyActiv petrol berkuasa 163hp @ 6,000rpm dan tork maksimum 213Nm @ 4,000rpm, manakala enjin 4-silinder 1.8L SkyActiv diesel menjana kuasa 114hp @ 4,000rpm dan tork 270Nm @ 1,600-2,700rpm. Kedua-duan trenkuasa itu digabungkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv Drive.

Rim sport varian petrol bersaiz 16 inci, manakala rim diesel 17 inci. Hanya varian 2.0L saja diberikan teknologi LED dan kerusi kulit.

Mazda CX-30 (2019)_9
Mazda CX-30 (2019)_14
Mazda CX-30 (2019)_6

CX-30 juga dilengkapkan ciri keselamatan standard terbaik seperti 7 beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Lancar Bukit (HLA), fungsi pegun automatik (auto-hold), dan ISOFIX. Tidak ketinggalan ciri kawalan vektor G-Vectoring Control untuk pengalaman pengendalian stereng lebih baik .

Selain itu, jika memilih varian 2.0L High dan 1.8L Diesel High, anda akan diberikan ekstar ciri keselamatan seperti Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS), Kawalan Lampu Tinggi (HBC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dan Sokongan Brek Pintar hanya ditawarkan pada.

Ada lapan pilihan warna CX-30 ditawarkan iaitu:  Soul Red Crystal (merah), Machine Gray (kelabu), Titanium Flash, Jet Black (hitam), Deep Crystal Blue (biru), Sonic Silver (perak), Snowflake White Pearl (putih mutiara) dan Polymetal Gray Metallic (kelabu metalik).

CX-30 didatangkan dengan lima tahun untuk waranti pengilang dan penyelenggaraan percuma, serta terhad kepada perbatuan 100,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> Mazda CX-30 Sah Masuk Malaysia, Inilah Crossover yang Kami Tunggu!!!

GALERI
Mazda CX-30 (2019)_12
Mazda CX-30 (2019)_10
Mazda CX-30 (2019)_1
Mazda CX-30 (2019)_2
Mazda CX-30 (2019)_3
Mazda CX-30
Mazda CX-30 (2019)_4
Mazda CX-30 (2019)_5
Mazda CX-30 (2019)_6
Mazda CX-30 (2019)_7
Mazda CX-30 (2019)_8
Mazda CX-30 (2019)_9
Mazda CX-30 (2019)_11
Mazda CX-30 (2019)_13
Mazda CX-30 (2019)_14

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 Mazda CX-30, Auto Terkini, mazda, Mazda CX-30, Mazda Malaysia, SUV, SUV Mazda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev