• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Set Lampu Depan Yamaha MT-25 (2020) Cecah Hampir RM1.5k!

Set Lampu Depan Yamaha MT-25 (2020) Cecah Hampir RM1.5k!

November 20, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

5.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA artikel imej intip Yamaha MT-25 yang tersiar baru-baru ini, kami kongsikan di sini harga komponen model itu. Walaupun kehadiran naked bike itu masih samar, tetapi tidak rugi pun kalau kita ambil tahu dan buat tinjauan sambil berangan-angankan?

Menurut portal automotif dari negara jiran seberang, IwanBanaran, satu set lampu depan MT-25 didakwa menyamai harga lampu kereta! Mungkin inilah sebab kenapa peminat motosikal Malaysia menggelarkan Yamaha sebagai Yang Mahal. Sebenarnya bukan mahal di Malaysia saja, di Indonesia pun sama. 😆

Jika dulu harga set lampu utama cuma sekitar Rp1.5 juta (RM443), terkini harga rasmi set lampu utama MT-25 itu sudah mencecah harga kereta premium di sana. Berdasarkan maklumat katalog rasmi Yamaha, komponen lampu kecil projektor MT-25, dengan kod nombor B9T-H4300-00, sudah berharga sekitar Rp3.3 juta (RM974). Wow!

BACA >>> Inilah Senarai Harga 5 Alat Ganti Honda Winner X yang Paling Mahal

Jelasnya lagi, harga itu juga tidak melibatkan komponen lain jika yang dibeli itu adalah satu set lengkap lampu utama MT-25. Berdasarkan kira-kira yang dibuat, satu set lengkap lampu utama, yang terdiri daripada penutup plastik ABS dan barangan lain, wang yang perlu dilaburkan menghampiri Rp5 juta (RM1,475)! Gluppp...

Sebagai perbandingan di pasaran sana, satu set lampu utama LED Honda CBR250RR tulen baru saja berharga Rp2.7 juta (RM795). Jadi, jika ada sesiapa berminat menjadikan lampu utama MT-25 ala transformer itu sebagai barang ubah suai, mungkin kena lupakan saja kecuali orang itu termasuk kategori #hobikamimahal.

Kalau perbandingan di Malaysia pula, set lampu utama Kawasaki Ninja 250 di Malaysia boleh dibeli secara atas talian pada harga sekitar ~RM500. Maknanya, lampu MT-25 mahal dua kali ganda!

Apapun harap bertenang, itu cuma harga versi Indonesia. Harga Malaysia nanti mungkin lebih murah. Kot... 😅

BACA >>> Yamaha MT-25 (2019) Siap Sedia Serang Indonesia dengan Wajah Lebih Bengis!

Related

5.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: aksesori, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), MT25, roda2, Yamaha, Yamaha MT-25, Yamaha MT25

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev