• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Adik Marc Sah Masuk Repsol Honda untuk MotoGP 2020!

Adik Marc Sah Masuk Repsol Honda untuk MotoGP 2020!

November 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ALEX Marquez sah menggantikan pelana Jorge Lorenzo untuk pasukan pengilang Repsol Honda dalam MotoGP 2020 bersama kekanda sebenarnya, Marc Marquez.

Keputusan ini pastinya menamatkan sebarang spekulasi yang tercetus berikutan pengumuman juara dunia tiga kali, Lorenzo yang mahu bersara selepas pusingan akhir MotoGP 2019 di Valencia, Sepanyol

Terdahulu, padok kecoh dengan ura-ura siapakah pengganti Lorenzo untuk merebut kekosongan pelana RC213V. Walaupun Johann Zarco dikatakan pelumba berpotensi, tetapi HRC akhirnya memilih Alex yang baru saja dinobatkan sebagai juara Moto2 2019 dam perjanjian tersebut hanya disahkan sehari sebelum ujian pramusim Valencia.

BACA >>> #Videotomotif: Marc Marquez dan Dani Pedrosa Kantoi Jadi Cikgu Matematik

Alex Marquez: Marc Marquez_1
Alex Marquez: Marc Marquez_2
Alex Marquez: Marc Marquez_1

 

Keputusan tersebut bakal menyaksikan dua beradik Marquez berada dalam pasukan yang sama buat kali pertama. Alex sebenarnya sudahpun menandatangani kontrak untuk Moto2 musim depan dengan Marc VDS. Namun kekosongan ditinggalkan rookie itu bakal diisi pula Zarco yang awalnya menolak kerana memilih bekerjasama dengan Sam Lowes.

Walaupun ramai mengaitkan keputusan tersebut dengan pengaruh (Marc) Marquez, tetapi kehadiran Alex sekurang-kurangnya memberikan HRC seorang pelumba baharu yang lebih segar dan muda.

BACA >>> Alex Tidak Jadi Masuk Pasukan Moto2 Petronas SRT, Yamaha Risau Rahsia Bocor

Marquez mungkin tidak bercakap langsung mengenai penyertaan Alex, tetapi ada kemungkinan HRC yang menyuarakan perkara tersebut. Dan sekarang anda boleh bayangkan sokongan penuh Marquez mengenai idea tersebut, dan Honda melihat situasi itu sebagai peluang untuk mewujudkan keserasian duo pelumba seperti pernah dilakukan Marquez dan Dani Pedrosa.

Dalam tempoh setahun ini, Repsol Honda bergelut mengendalikan dua pelumba factory berbeza yang mana Lorenzo bergelut dengan prestasi, manakala Marquez sudah tentu tidak perlu dipertikaikan lagi keupayaannya. Jadi, prospek dua beradik Marquez itu tidak diragukan lagi untuk menaikkan semula reputasi Honda.

SUMBER: VisorDown

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Alex Marquez, Jorge Lorenzo Bersara, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2020, Pasukan Repsol Honda, Repsol Honda Team, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev