PELUMBA Aprilia Racing Team Gresini, Aleix Espargaro berpendapat bekas pelumba Red Bull KTM Factory, Johann Zarco tidak layak mengisi kekosongan pelana ditinggalkan Jorge Lorenzo dalam Repsol Honda musim depan.
Menurutnya, pelumba paling layak untuk Repsol Honda ialah Alex Marquez yang baru dinobatkan sebagai juara Moto2 2019 dan juga adik kepada juara MotoGP lapan kali, Marc Marquez.
Dengan musim 2019 berakhir minggu lalu, setiap pasukan kini sedang bersiap sedia dengan ujian pramusim 2020 di Valencia. Bagi HRC, fokus sudah tentu kepada usaha mencari pengganti pelumba pasukan itu, Lorenzo yang baru saja mengumumkan persaraannya dalam karier MotoGP berikutan masalah prestasi dan kecederaan dihadapi.
Pelbagai spekulasi tercetus mengenai pelumba berpotensi, dan tumpuan adalah pada Alex dan Zarco yang masing-masing buat masa ini bebas tanpa sebarang kontrak pasukan. Jika Alex ialah juara Moto2 tahun ini, Zarco pula memiliki reputasi sebagai pelumba berpengalaman tiga tahun dalam kelas premier, dan juga bekas juara Moto2 edisi 2015 dan 2016.
BACA >>> KTM Buka Mulut, Inilah Sebab Kenapa Zarco Kena Pecat
ZARCO TIDAK PROFESIONAL
Bagaimanapun Aleix, 30, berpendapat Alex lebih layak untuk Repsol Honda berbanding Zarco yang tidak profesional dalam berlumba walaupun memegang status enam kali pemenang podium MotoGP.
"Mungkin orang cakap Zarco layak untuk motor itu (RC213V), tapi bagi aku itu tak betul. Jika Zarco layak, *Pol dan aku adalah 10 kali ganda lebih layak.
"Aku fikir, jika juara Moto2 (Alex) ke sana, itu lebih dialu-alukan dan dia memang layak untuk itu," katanya.
Tambah Aleix lagi, keputusan Zarco menarik diri daripada KTM Factory selepas baru hanya semusim berlumba, termasuk melontarkan kritikan terbuka atas kesukaran dihadapinya jelas menunjukkan yang dia tiada profesionalisme.
Sikap yang dia tunjuk tahun ini bukan sikap seorang profesional.
"Orang sekeliling aku kat Aprilia tahu berapa banyak kali aku menangis tahun lepas, dan berapa banyak kali aku menangis tahun ni. Tapi inilah kerja kami, hidup kami. Ramai orang kat belakang kami, ramai keluarga, dan semua orang kerja kuat. Ramai orang campak banyak duit untuk projek ni.
“Jadi untuk kau berhenti dan cakap, "motor ini taik, aku nak balik rumah", bagi aku, mamat tu (Zarco) memang tak layak la untuk dapat motor terbaik dan pasukan terbaik kat dunia ni. Ini cuma pendapat aku je la."
- ALEIX ESPARGARO, Pelumba Aprilia Racing Team Gresini
* Pol Espargaro, 28, ialah rakan sepasukan Zarco dalam Red Bull KTM Factory dan juga adik kepada Aleix. Pol sudah berlumba bersama KTM untuk kelas premier MotoGP sejak 2017, dan dia juga bekas juara Moto2 2013. Sebelum berhijrah ke KTM Factory, Pol turut pernah beraksi bersama Yamaha Tech3 selama tiga musim.
Namun, Aleix walaupun tidak secemerlang adiknya Pol, apatah lagi Zarco, tetapi dia nyata lebih berpengalaman kerana sudah bergelumang dalam trek MotoGP sejak 2012, iaitu sudah lapan tahun dengan empat pasukan berbeza.
Mungkin ada betulnya cakap Aleix. Kalau ikutkan resume, Pol dan Zarco masing-masing bekas juara Moto2. Zarco menyerlah ketika bersama Yamaha Tech3 (6x podium), tetapi Pol pula menonjol bersama KTM. Walaupun cuma sekali podium (2018), tetapi Pol menunjukkan peningkatan saban tahun yang mana musim ini ialah keputusan terbaik (ke-11) pernah diperolehnya sejak bersama KTM tiga tahun lalu. Paling penting, Pol move on, tak kondem sana sini.
BACA >>> Zarco Mengaku Penat Bawa KTM, Semuanya Rasa Payah
So, Johan atau Garo?
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply