• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Tamatkan MotoGP 2019 Penuh Gaya, Lorenzo Bersara, Hafizh Dapat Mata

Marquez Tamatkan MotoGP 2019 Penuh Gaya, Lorenzo Bersara, Hafizh Dapat Mata

November 18, 2019 By Aryon Leave a Comment

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MARC Marquez melengkapkan musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2019 dengan bergaya apabila menjuarai pusingan akhir GP Valencia yang juga kemenangan ke-12 buat dirinya.

Namun pelumba Sepanyol itu memerlukan tujuh pusingan sebelum dapat mendahului pelumba lain di depan dan segalanya menjadi mudah dan tenang selepas itu.

Keputusan akhir itu memberikan 12 kemenangan buat Marquez dan lapan podium kedua  daripada keseluruhan 19 siri perlumbaan, dan cuma sekali tersingkir (DNF) iaitu di GP Amerika pada pusingan ketiga. Kemenangan itu juga melayakkan Repsol Honda mengatasi Ducati Corse untuk gelaran pelumba, pembina dan pasukan terbaik musim ini.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Lorenzo Bersara

Rookie terbaik, Fabio Quartararo pula terpaksa berpuas hati di tempayt kedua walaupun bermula di petak pertama. Namun prestasi ditunjukkan sepanjang musim ini nyata mengujakan banyak pemerhati dengan menamatkan aksi 2019 di kedudukan kelima, mengatasi beberapa pelumba senior seperti Valentino Rossi, Danilo Petrucci dan Jack Miller.

Perlumbaab Valencia ini juga menyaksikan ramai pelumba tersingkir, iaitu Andrea Iannone (Aprilia Gresini), Franco Morbidelli (Petronas Yamaha), Petrucci (Ducati Team), Johann Zarco (LCR IDEMITSU), Iker Lecuona (Red Bull KTM Tech3), Cal Crutchlow (LCR Honda), dan Michele Pirro (Ducati Team).

Uniknya, pusingan akhir ini turut memberikan mata saguhati buat pelumba negara Hafizh Syahrin apabila menduduki tempat ke-15, yang juga kedudukan terbaik diperolehnya musim ini walaupun menamatkan aski di tempat terakhir.

Ini juga musim terakhir Hafizh dalam MotoGP kerana musim depan beliau akan beraksi dalam saingan Moto2 bersama pasukan Angel Nieto. Juara MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo pula mengakhiri kenangan dalam MotoGP di tempat ke-13.

BACA >>> Hafizh Syahrin ke Moto2, Sertai Pasukan Angel Nieto?

KEPUTUSAN MOTOGP VALENCIA 2019

  1. Marc Marquez SPA Repsol Honda RC213V 41m 21.469
  2. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha YZR-M1 +1.026
  3. Jack Miller AUS Pramac Ducati GP19 +2.409
  4. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team GP19 +3.326
  5. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar GSX-RR +3.508
  6. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha YZR-M1 +8.829
  7. Joan Mir ESP Suzuki Ecstar GSX-RR +10.622
  8. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha YZR-M1 +22.992
  9. Aleix Espargaro SPA Factory Aprilia Gresini RS-GP +32.704
  10. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory RC16 +32.973
  11. Tito Rabat ESP Reale Avintia Ducati GP18 +42.795
  12. Mika Kallio FIN Red Bull KTM Factory RC16 +45.732
  13. Jorge Lorenzo ESP Repsol Honda RC213V +51.044
  14. Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati GP18 +1m 04.871
  15. Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 RC16 +1m 16.487
  • DNF Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini RS-GP 26 Laps
  • DNF Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha YZR-M1 18 Laps
  • DNF Danilo Petrucci ITA Ducati Team GP19 13 Laps
  • DNF Johann Zarco FRA LCR IDEMITSU Honda RC213V 13 Laps
  • DNF Iker Lecuona ESP Red Bull KTM Tech3 RC16 13 Laps
  • DNF Cal Crutchlow GBR LCR Honda RC213V 10 Laps
  • DNF Michele Pirro ITA Ducati Team GP19 8 Laps
  • DNS Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati GP18 -

Related

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Sepanyol, GP Valencia, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev