• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #Videotomotif: Kenapa Mamat Ni Minat Sangat Toyota Hilux?

#Videotomotif: Kenapa Mamat Ni Minat Sangat Toyota Hilux?

November 21, 2019 By Dee Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SAYA sudah cuba pandu macam-macam jenis model (trak) pikap, tapi tiada satu pun yang boleh gantikan (Toyota) Hilux..."

KAMI berpeluang berborak santai dengan presiden Hilux Club Malaysia, Ahmad Syafiq atau lebih dikenali sebagai Mat Dern yang juga pemilik dan peminat tegar Toyota, terutama model trak pikap popular, Hilux.

Cakap Mat Dern, dia memang sudah jatuh cinta dengan Hilux dan tidak akan beralih kepada jenama lain. Agaknya kenapa beliau minat sangat dengan model Toyota yang satu itu? Kenapa tidak trak pikap jenama lain?

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?

Berikut ringkasan daripada video di atas. Jangan lupa tonton okey!

1. TAHAN LASAK

Sebagai pemilik perniagaan mengenai kajian tanah, trak pikap ialah antara keperluan utama dalam kerja saya. Setiap hari ada saja barang yang perlu diangkut seperti mesin dengan beratnya mencecah satu tan. Terbukti, Toyota Hilux memang berkebolehan dan tahan lasak walaupun digunakan dalam situasi ekstrem hampir setiap hari."

2. RUPA EKSTERIOR MODEN

Nasihat saya, kepada anak muda yang ada impian nak memiliki Toyota Hilux, jangan tunggu-tunggu lagi, teruskan impian anda. Hilux baharu ada rupa eksterior moden dan sesuai untuk setiap peringkat umur. Lagipun, aksesori dan juga alat ganti Hilux sangat mudah didapati di pasaran, itulah antara ketenangan dan keseronokan memiliki Hilux."

3. SERVIS MURAH

Kos selenggara Hilux antara termurah. Paling seronok bila pergi servis ke pusat servis Toyota, tak perlu tunggu lama dan tak pernah mengecewakan."

"Banyak kenangan manis saya dengan Hilux, dan ada beberapa lagi sebab utama kenapa saya digelarkan sebagai peminat tegar Hilux!"

Related

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4, Sembang Deras Tagged With: hilux, Hilux Club Malaysia, Hilux Malaysia, Mat Dern, pandu uji Toyota Hilux, pikap, Raja Trak Pikap, testimoni Toyota Hilux, Toyota, Toyota Hilux, trak Malaysia, Trak pikap, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my