• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Rebel (2020) Kini Lebih Trendy dan Moden dengan Ciri Klac Anti-Gelincir

Honda Rebel (2020) Kini Lebih Trendy dan Moden dengan Ciri Klac Anti-Gelincir

November 14, 2019 By Han Othman 2 Comments

664
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Rebel (2020) akhirnya debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019) di Milan, Itali dalam versi naik taraf yang lebih moden dan terkini.

Cruiser ini didatangkan dalam dua varian enjin, Rebel 300 dan Rebel 500, yang mana penampilan kali ini diberikan lampu utama LED, skrin LCD besar dan ciri klac anti-gelincir (A&S), manakala Rebel 500 kini mematuhi standard regulasi Euro 5.

Tampil dengan gaya moden, Rebel (2020) kini mampu beraksi lebih baik menerusi ciri elektronik baharu seperti A&S yang memberikan proses anjakan gear yang lancar untuk pemanduan tenang dan meyakinkan.

Keseluruhan rekabentuk Rebel 300 dan Rebel 500 tidak nampak banyak perbezaan ketara. Perubakan dilakukan sangat kecil seperti lampu depan dan kluster pemuka, manakala tinggi pelana masih 690mm dan berat 200kg.

BACA >>> Gambarajah Paten Honda Rebel Baharu Didedahkan dengan Pelana Tandem

Perubahan paling signifikan ialah mentol halogen yang kini digantikan LED. Lampu signal belok juga direka semula dalam bentuk bulat dan menggunakan lampu jenis LED.

Di belakang, lampu halogen segiempat bersegi tajam kini digantikan dengan bentuk lebih lembut, bersama dua lampu signal baharu untuk penampilan lebih segar dan muda.

Naik taraf berikutnya ialah kluster spidometer yang mana LCD monokrom kini berbentuk horizontal D dan bukan segiempat. Antaramuka dalaman juga direka semula dan ditambahkan fungsi notifikasi posisi gear digital yang tiada pada Rebel lama.

Enjin Rebel 300 dan Rebel 500 (2020) juga tidak berubah dari segi struktur atau spesifikasi.

BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Honda Rebel 300 - Daripada Bobber Moden Kepada Café Racer

Rebel 300 dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 286cc DOHC penyejukan cecair PGM-FI berkuasa 27.6hp dengan transmisi klac manual 6-kelajuan. Ada dua varian ditawarkan: Standard dan ABS dalam tiga pilihan warna.: Graphite Black, Matte Blue Jeans Metallic, dan Matte Fresco Brown.

Rebel 500 dipacu enjin 4-lejang 471cc Parallel-Twin DOHC penyejukan cecair PGM-FI berkuasa 45.6hp dan turut dinaiktarafkan paip ekzos baharu bagi memenuhi standard Euro 5 untuk pasaran Eropah. Sistem transmisi menggunakan klac manual 6-kelajuan.

Juga ditawarkan dalam dua varian: Standard dan ABS dengan tiga pilihan warna: Graphite Black,  Matte Blue Jeans Metallic, dan Matte Armored Silver.

Menurut Honda, sistem suspensi ditala semula untuk respon lebih baik. Absorber belakang boleh dilaraskan tahap kekerasan menurut beban dan keperluan penunggang.

Sebagai tambahan kepada Rebel (2020), Honda turut memperkenalkan Rebel 500 S di Eropah dengan aksesori khas seperti lampu utama, pelana apung kulit dan sulam. Perincian harga tidak didedahkan.

GALERI

HONDA REBEL 300
HONDA REBEL 500

Related

664
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: cruiser, EICMA 2019, Honda, Honda Rebel (2020), Honda Rebel 300 (2020), Honda Rebel 500 (2020), Klac Anti-Gelincir (A&S), Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019

Comments

  1. ismail says

    June 28, 2020 at 4:24 PM

    bilakah honda rebel 500 (2020)/ new model akan berada dipasaran malaysia

    Reply
  2. Muhamad Aslam bin Biku says

    October 26, 2020 at 3:46 PM

    bila nak promo dalam YouTube?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my