• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Vespa Primavera Gaya American Muscle untuk Ekstra Garang!

#BikinMotor: Vespa Primavera Gaya American Muscle untuk Ekstra Garang!

November 15, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HENDAK nampak macho dan gagah tidak semestinya perlu beli sportbike. Siapa kata skuter tidak boleh tampil garang? Ia juga boleh diubah jadi lebih gagah jika si tuan motor pandai buat modifikasi kreatif.

Lihatlah ubah suai dilakukan Ivan Oktavianus dari Indonesia untuk  Vespa Primavera miliknya ini. Ilham gaya American Muscle dapat dilihat menerusi otot-otot maskular pada badan skuter. Bagaimanapun, bahagian badan cuma diberikan sedikit sentuhan modifikasi dengan menumpukan kepada perincian kecil.

Walaupun modifikasi dilakukan kecil saja, tetapi nyata memberikan pengaruh besar ke atas penampilan skuter asal Itali itu. Ivan kemudian menukar lampu belakang kepada bentuk bulat, manakala lampu signal belok dibuat blind supaya nampak seakan sebahagian bentuk badan.

Bahagian cat badan juga lebih selektif. Ivan memilih warna Spies Hecker (hitam) yang disadur kemasan varnis supaya nampak berkilat, sekali gus menyerlahkan imej garang. Bagi menyempurnakan lagi penampilan skuter miliknya itu, rim warna coklat digunakan.

"Prestasi dihasilkan juga perlu lebih baik. Enjin 'dikorek' dan dipadankan dengan aci sesondol berketahanan tinggi dan dilakukan port polish, manakala lejang ditingkatkan supaya nisbah mampatan lebih tinggi,” katanya.

Padanan ekzos Remus memberikan deruman yang lebih mengancam.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Vario 150 yang Merelit Lit Lit dan Rim Saiz Besar

Model 2014 itu masih mempertaruhkan sistem suntikan bahan api CDI standard dibantu kabel palam pencucuh spesifikasi lumba untuk meningkatkan kuasa. Sistem elektronik enjin menggunakan bantuan peranti piggyback Polini untuk mengatur operasi percikan api supaya hantaran kuasa lebih lancar ketika memecut.

Bahagian transmisi CVT dikemas kini menggunakan tali sawat Van Mallosi, manakala variator CVT daripada Zellioni. Demi keselesaan tunggangan, anak muda ini memilih suspensi depan Bitubo dengan brek cakera Galfer. Ia kemudian dipadankan tayar Heidenau 110/70-12 di depan dan Pirelli SL 36 120/70-12 di belakang.

BACA >>> #TunggangUji: Vespa Primavera 150 (2018) - Skuter untuk Nikmati Erti Santai Sebenar

GALERI
Vespa Primavera American Muscle_8
Vespa Primavera American Muscle_7
Vespa Primavera American Muscle_6
Vespa Primavera American Muscle_9
Vespa Primavera American Muscle_3
Vespa Primavera American Muscle_5
Vespa Primavera American Muscle_1
Vespa Primavera American Muscle_2
Vespa Primavera American Muscle_4

SUMBER: NaikMotor

Related

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, kustom, Modifikasi, roda2, Vespa, Vespa Primavera

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev