• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Recaro Hasilkan Kerusi Sport Khas untuk Kenderaan Off-Road

Recaro Hasilkan Kerusi Sport Khas untuk Kenderaan Off-Road

November 14, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RECARO muncul di Pameran SEMA dengan mengetengahkan dua kerusi sport spesial yang direka khas untuk kegunaan pelumba atau pemandu biasa kenderaan off-road.

Kerusi sport Recaro Cross Sportster ORV adalah versi sah atas jalan, manakala Pro Racer SPG XL ORV dikhaskan untuk kenderaan off-road yang mahu beraksi di trek lumba.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO (2020) Mula Dijual di UK, Harga RM900k

1. RECARO CROSS SPORTSTER ORV

Cross Sportster ORV ialah kerusi semi buket yang memiliki struktur sokongan pelana dengan alas sisi yang direka untuk menyokong bahu dan badan pemandu. Busa penyerap getaran pula membantu mengurangkan kesan gegaran ketika memandu atas permukaan berbatu atau rupa bumi tidak rata.

Kusyen pelana rata sesuai untuk kenderaan jalanan biasa yang memudahkan pemandu dan penumpang keluar-masuk ke dalam kabin kenderaan.


2. RECARO PRO RACER XL ORV

Pro Racer SPG XL ORV pula kerusi sport buket penuh yang dicipta untuk pelumba off-road dengan ciri alas sisi dan bahu lebih besar. Kerusi sport ini lebih kukuh, mempunyai busa kusyen serapan impak kuat, dan direka bersama tali keledar 4-, 5- atau 6-poin. Kerusi ini boleh juga digunakan bersama sistem peranti sokongan kepala dan leher, HANS.

Kedua-dua kerusi sport Recaro itu dibangunkan berasaskan maklum balas pelumba profesional, seperti juara lumba trak Formula Drift dan Ultra 4, Loren Healy dan pelumba Formula Drift, Vaughn Gittin Jr.

Selepas lebih 2 tahun pembangunan dan ujian melibatkan Cross Sportster ORV dan Pro Racer ORV, saya agak terkejut dengan ciri lebih selamat dan keselesaan kerusi sport ini untuk pemanduan off-road,"

- LOREN HEALY

Recaro mendakwa kerusi sport Cross Sportster ORV dan Pro Racer SPG XL ORV akan mula dijual pada tahun depan.

SUMBER: GM Authority

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Bucket Seat, Kerusi Buket, Kerusi Semi-Buket, Kerusi Sport, Loren Healy, Recaro, Recaro Cross Sportster ORV, Recaro Pro Racer SPG XL ORV, Vaughn Gittin Jr

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my