HARLEY-Davidson Motor Company (Harley-Davidson) mengumumkan barisan model 2020 yang sekian lama dinantikan peminat jenama motosikal asal Amerika Syarikat (AS) itu. Ini termasuk edisi touring baharu, Electra Glide Standard pada harga bermula RM132,400 dengan warna Vivid Black (hitam).
Electra Glide Standard ialah jentera touring tradisional, khas buat penunggang yang mahukan pengalaman kembara sebenar di lebuh raya. Model ini dipacu trenkuasa Milwaukee-Eight V-Twin dengan deruman dan respons terotel lancar.
BACA >>> Harley-Davidson FXDR 114 - Cruiser Kuasa Tinggi Lancar di Malaysia, Harga RM123k
Juga dibekalkan ciri kawalan jelajah elektronik dan kotak storan yang mampu memuatkan sistem audio. Unit pelana tunggal yang empuk memberikan keselesaan tunggangan solo terbaik. Fairing batwing dan visor angin pula membantu membelah deruan angin, sekali gus memberikan pengalaman tunggangan yang lancar, dan tidak meletihkan.
Harley-Davidson turut memperkenalkan barisan model lain seperti:
- Road King
- Road King Special
- Street Glide Special
- Road Glide Special
- Ultra Limited
Salah satu ciri terkini ditawarkan pada siri touring edisi 2020 ini adalah Sistem Penunggang Defensif Reflex (Reflex Defensive Rider Systems, RDRS), yang berfungsi menyesuaikan prestasi jentera dengan daya traksi ketika memecut, mengalami nyah kuasa dan membrek. Ini termasuk ciri kawalan casis terkini, kawalan brek elektronik dan teknologi trenkuasa terbaharu.
Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia, Johan Kleinsteuber berkata;
"Kami komited untuk melihat motosikal Harley-Davidson berkembang di Malaysia, dan barisan model 2020 baharu akan penuhi keinginan pengguna melalui tawaran jentera baharu.
"Kami memanfaatkan keupayaan yang ada dengan menggabungkan daya, prestasi dan teknologi dalam produk yang direka untuk meningkatkan pengalaman tunggangan bersama tawaran harga bermula RM62, 800," katanya.
BACA >>> Harley-Davidson Paling Mampu Milik Lancar Tahun Depan, Harga Dijangka RM30k?
Ruzaini says
More interested with Road King Models
Ruzaini says
More interested with road king models