AYUH, mari sertai pameran bergerak Shell Helix ‘The Ultimate Ferrari Experience’ sambil berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat di ruang legar North Court MidValley Megamall, bermula 4 hingga 8 Jun ini.
Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang pameran lima hari itu. Antaranya, cabaran masa 'Shell Helix Time Attack Challenge' berasaskan 3D Motion Racing Simulator, meneka bilangan botol Shell Helix Ultra dan peraduan Instagram. Pelbagai hadiah menarik menanti seperti iPad Mini, baucar percutian untuk dua orang ke Berjaya Tioman Resort bernilai RM1,500 dan bekalan minyak enjin Shell Helix Ultra 5W-40 selama dua tahun.
Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, Alex Lim berkata, pameran bergerak bertujuan meningkatkan kefahaman pengguna mengenai kelebihan perlindungan enjin yang ditawarkan minyak pelincir Shell Helix Ultra baru dengan Teknologi Pureplus.
“Promosi global Shell Helix memberi peluang kepada lima pemenang hadiah utama bertuah menyertai pemenang lain dari seluruh dunia untuk percutian VIP lima hari empat malam, termasuk semua perbelanjaan ditanggung, ke Spa-Francorchamps, Belgium untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Belgium 2014 pada penghujung Ogos.
"Di sana, pemenang akan mengunjungi suite VIP Shell, meluangkan masa bersama pasukan Scuderia Ferrari dan melawat padok untuk menyaksikan tugas perlumbaan di sebalik tabir,” katanya.
Peraduan itu, yang terbahagi dua peringkat, bermula 1 April hingga 30 Jun dan terbuka kepada pembeli pek Shell Helix Ultra 4L atau mana-mana rangkaian HX7. Peringkat pertama, 10 pemenang hadiah pertama berpeluang meraih tunai RM1,500 setiap seorang, manakala 10 pemenang tempat kedua menerima tunai RM1,000, dan disusuli 10 pemenang tempat ketiga dengan membawa pulang tunai RM500 setiap seorang.
Layari maklumat lanjut berkaitan produk dan promosi global Shell Helix di laman www.shell.com.my.
Leave a Reply