• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Pameran Bergerak Shell Helix ‘The Ultimate Ferrari Experience’

BERITA AUTO: Pameran Bergerak Shell Helix ‘The Ultimate Ferrari Experience’

May 30, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

Participate in the exciting Shell Helix Time Attack Challenge on a 3D Motion Simulator

AYUH, mari sertai pameran bergerak Shell Helix ‘The Ultimate Ferrari Experience’ sambil berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat di ruang legar North Court MidValley Megamall, bermula 4 hingga 8 Jun ini.

Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang pameran lima hari itu. Antaranya, cabaran masa 'Shell Helix Time Attack Challenge' berasaskan 3D Motion Racing Simulator, meneka bilangan botol Shell Helix Ultra dan peraduan Instagram. Pelbagai hadiah menarik menanti seperti iPad Mini, baucar percutian untuk dua orang ke Berjaya Tioman Resort bernilai RM1,500 dan bekalan minyak enjin Shell Helix Ultra 5W-40 selama dua tahun.

Participate in the exciting Shell Helix Time Attack Challenge on a 3D Motion Simulator_3      Participate in the exciting Shell Helix Time Attack Challenge on a 3D Motion Simulator_4

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, Alex Lim berkata, pameran bergerak bertujuan meningkatkan kefahaman pengguna mengenai kelebihan perlindungan enjin yang ditawarkan minyak pelincir Shell Helix Ultra baru dengan Teknologi Pureplus.

“Promosi global Shell Helix memberi peluang kepada lima pemenang hadiah utama bertuah menyertai pemenang lain dari seluruh dunia untuk percutian VIP lima hari empat malam, termasuk semua perbelanjaan ditanggung, ke Spa-Francorchamps, Belgium untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Belgium 2014 pada penghujung Ogos.

"Di sana, pemenang akan mengunjungi suite VIP Shell, meluangkan masa bersama pasukan Scuderia Ferrari dan melawat padok untuk menyaksikan tugas perlumbaan di sebalik tabir,” katanya.

Peraduan itu, yang terbahagi dua peringkat, bermula 1 April hingga 30 Jun dan terbuka kepada pembeli pek Shell Helix Ultra 4L atau mana-mana rangkaian HX7.  Peringkat pertama, 10 pemenang hadiah pertama berpeluang meraih tunai RM1,500 setiap seorang, manakala 10 pemenang tempat kedua menerima tunai RM1,000, dan disusuli 10 pemenang tempat ketiga dengan membawa pulang tunai RM500 setiap seorang.

Layari maklumat lanjut berkaitan produk dan promosi global Shell Helix di laman www.shell.com.my.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Shell Helix, Shell Lubricants, Shell Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
  • 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju
    5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my