• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Ford Puma ST Dikesan Sedang Dipandu Uji

#Spyshot: Ford Puma ST Dikesan Sedang Dipandu Uji

November 26, 2019 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS melancarkan Puma (2020) pada Jun tahun ini, Ford bakal memperkenalkan varian ST untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) itu. Diilhamkan daripada Fiesta ST , Puma ST ini dijangka berada di pasaran penghujung tahun depan.

Ini berdasarkan beberapa foto intip yang merakamkan SUV itu dalam kamoflaj sedang dipandu uji dengan profil badan rendah dan saiz roda lebih besar berbanding Puma standard. Lagi menguatkan dakwaan ialah dwi ekzos yang jelas menonjol di belakang bampar.

BACA >>> Ford Puma (2020) - SUV Kecil 1.0L dengan Ciri Keselamatan Tinggi

Walaupun versi ST ini mirip rekabentuk Puma satndard, beberapa imej eksklusif akan memberikan sedikit kelainan pada SUV prestasi itu kelak. Seperti model Ford ST lain, ia dijangka didatangkan dengan skup atau gril depan lebih besar, bampar lebih dalam dan spoiler belakang lebih lebar dan tinggi.

Puma berkongsi platform sama dengan Fiesta. Ini bermakna mana-mana versi prestasi akan menggunakan komponen dan aksesori sama seperti Fiesta ST. Jadi, kuasa dijana enjin petrol 3-silinder 1.5L pengecas turbo adalah kira-kira 197hp dan 290Nm dengan transmisi manual 6-kelajuan.

BACA >>> #Videotomotif: Iklan Komersil Hyundai Veloster, Dewa Kematian Muncul dan Ford Focus Jadi Mangsa

Namun tambahan berat membuatkan Puma ST ini mungkin sedikit lambat berbanding Fiesta ST yang memiliki rekod pecutan 0-100kmj sepantas 6.5 saat. Kuasa henti dibantu sistem brek dengan cakera lebih besar pada roda depan.

Atas jalan, Puma ST cuma ada sedikit model pesaing yang setanding, antaranya ialah Nissan Juke Nismo RS. Bagaimanapun, Puma ST bakal bersaing hebat dengan Hyundai Kona versi prestasi tinggi yang akan diletakkan di bawah subjenama N.

Ruang kabin juga dinaik taraf, sesuai dengan famili ST lain seperti kerusi sport Recaro dan tambahan lencana yang tampil berbeza berbanding model standard. Kabin standard akan dilengkapkan dengan panel instrumen digital 12.3 inci, sistem infotainment Ford SYNC3 dengan skrin sentuh 8 inci, dan sistem bunyi keliling Bang & Olufsen dengan 10 pembesar suara.

Mengenai harga pula, Puma varian ST-Line X Plus First Edition bermula £27,345 (RM147,330), manakala Focus ST bermula £31,995 (RM172,380). Jadi, harga Puma ST dijangka berada antara kedua-dua model berkenaan.

BACA >>> Hyundai Kona N dalam Pembikinan, Crossover Berprestasi Tinggi Bakal Muncul?

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Puma, Ford Puma (2020), Ford Puma ST, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my