• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / Kenapa Kami Pilih Perodua Aruz? Inilah Jawapan Ayah dan Ibu

Kenapa Kami Pilih Perodua Aruz? Inilah Jawapan Ayah dan Ibu

November 12, 2019 By Dee 1 Comment

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA bercerita hal kenderaan, keperluan dan kehendak kita memang berbeza. Dan apabila mengaitkan kenderaan dan keluarga pula, semestinya kita mengambil berat tentang sebuah kenderaan yang selesa, dan praktikal dengan harga mampu milik.

Kali ini, kami berpeluang berbual dengan Sharizal dan isterinya, Norliza yang memilih Perodua Aruz sebagai kenderaan keluarga.

KENAPA PERODUA ARUZ?

Saya dan isteri berkongsi hobi yang sama. Kami suka berjalan, dan boleh dikatakan setiap hujung minggu, kami akan pilih satu destinasi untuk beriadah bersama keluarga dan anak-anak. Untuk itu, kami pilih Perodua Aruz kerana ia dapat memenuhi keperluan keluarga kami dan paling penting, harganya mampu milik," kata Sharizal.

Jom saksikan video penuh tentang kenapa Sharizal dan Norliza memilih Aruz selain perkongsian mengenai pengalaman memiliki SUV ini yang melengkapi kehidupan harian mereka sebagai sebuah keluarga.

BACA >>> Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Kami Mengenai Perodua Aruz (2019)

1. RUANG LUAS

Antara sebab utama kenapa kami pilih Aruz adalah kerana anak sulung kami. Syifa ialah anak istimewa yang mengalami cerebral palsy yang mana beliau tidak boleh berjalan. Jadi kami memerlukan kenderaan dengan ruang belakang luas supaya dapat bawa kerusi roda untuk Syifa dan juga barangan lain. Boleh dikatakan, kenderaan dengan ruang dan keselesaan menjadi kriteria utama yang kami perlukan."

2. CIRI KESELAMATAN CANGGIH

Selain ruang luas, ciri keselamatan juga harus diambil kira. Paling menarik, Aruz didatangkan dengan ciri keselamatan A.S.A 2.0 (Advanced Safety Assist) yang mana saya rasa lebih yakin untuk memandu dengan keluarga.  Ia juga hadir dengan ciri Eco Idle dan Start/Stop automatik yang membuatkan pengalaman memandu rasa lebih selesa dan menyeronokkan."

3. PRAKTIKAL

aruz testimony.00_02_13_04.Still002
aruz testimony.00_01_38_05.Still001
aruz testimony.00_05_03_21.Still003

Sebagai SUV 7-kerusi, kami rasa Aruz antara pilihan menarik dari segi rupa eksterior. Bukan setakat memenuhi keperluan keluarga, kami gunakan kenderaan ini utnuk menjalani rutin harian seperti pergi kerja, hantar anak ke rumah pengasuh, ke pasar dan sebagainya. Anak saya pun seronok naik Aruz, tanpa perlu dipaksa, kini setiap hari anak saya seronok ke sekolah hanya sebab dia seronok naik Aruz."

4. JIMAT MINYAK

Perodua Aruz Advance Malaysia_PanduLaju_1
enjin Perodua Aruz
Perodua Aruz SUV Malaysia_PanduLaju_1

Tidak dapat dinafikan, Perodua Aruz memang jimat dari segi penggunaan bahan api. Sesuai sangat buat kami yang memang suka memandu jauh. Boleh dikatakan, saya sangat berpuas hati dengan penjimatan yang ditawarkan. Tambahan pula, kami sekeluarga selalu pulang ke kampung di Pulau Pinang, jadi memang kami tidak perlu berbelanja banyak untuk isi minyak."

5. HARGA MAMPU MILIK 

Perodua Aruz Advance Malaysia_PanduLaju_17
Perodua Aruz
Perodua Aruz Advance Malaysia_PanduLaju_2

Perodua Aruz sedikit sebanyak melengkapi kehidupan kami sebagai keluarga. Apabila anak-anak seronok, tentu sebagai ayah dan ibu turut rasa bahagia kerana dapat berikan yang terbaik buat mereka. Kepada ibu bapa di luar sana, jika mencari kenderaan keluarga yang berbaloi dengan harga mampu milik, kami cadangkan cuba dulu Aruz.

"Akhir kata, buat ibu bapa yang ada anak istimewa, jangan berputus asa atau stres. Kita jalani kehidupan ini sama seperti orang lain, dan jangan takut untuk bawa keluar dan dedahkan mereka kepada dunia luar."

BACA >>> #PanduUji: Perodua Aruz atau Honda BR-V? Ini Jawapan Kami!!!

Related

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Sembang Deras Tagged With: Aruz, Aruz 2019, harga perodua aruz, kereta keluarga, kereta keluarga mampu milik, Pandu Uji Perodua Aruz, Perodua, perodua aruz, perodua aruz 2019 test drive, review Perodua Aruz, SUV, SUV 7 tempat duduk, testimoni Aruz

Comments

  1. Aruz Fan Club says

    November 13, 2019 at 8:18 AM

    Perodua patut sponsor child seat... baru nampak selesa kanak kanak pakai belt.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev