• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Lancar Xpander Versi Crossover Minggu Depan?

Mitsubishi Lancar Xpander Versi Crossover Minggu Depan?

November 9, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

536
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI membuat keputusan tepat dengan membangunkan Xpander sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) kecil yang berada dalam segmen penting di Indonesia dan negara Asean. Model ini kali pertama dilancarkan di negara jiran itu pada Ogos 2017 dengan mendapat sambutan menggalakkan.

Segmen MPV kecil memang sangat popular di Indonesia berbanding jiran Asean lain, dan disebabkan itulah kembar Xpander, Nissan Livina yang dibangunkan berasaskan platform sama turut dijual di sana.

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Nissan Livina (2019) Lancar di Indonesia, ke Malaysia Tahun Ini (Mungkin)

mitsubishi-xpander-indonesia-60
mitsubishi-xpander-indonesia-58

Selepas beberapa ketika di pasaran, sambutan ke atas Xpander (foto atas) mula normal dan pesaing seperti Toyota Avanza kembali kukuh di tangga teratas jualan segmen MPV. Ini ditambah pula kehadiran kembarnya, Daihatsu Xenia, dan model kenderaan utiliti sukan (SUV), Toyota Rush dan Daihatsu Terios.

Melihat perkembangan semasa, termasuk inisiatif supaya pegangan pasaran kekal relevan dan pengguna kekal peduli dengan kehadiran Xpander, Mitsubishi bakal melancarkan model SUV baharu yang dikatakan varian tambahan kepada Xpander.

Melihat gambar di atas, SUV tersebut saling tidak tumpah seperti Xpander yang mana media Indonesia sudah diberikan peluang untuk melihat prototaip itu di Jepun, Oktober lalu. Mitsubishi mendakwa model baharu itu menggabungan karakter sebuah MPV dan SUV.

Strategi varian seperti itu sudah biasa dipraktikkan pengeluar semasa pada model sedia ada yang ditambah beberapa ciri SUV atau crossover seperti pelapik plastik (cladding) dan jarak tanah tinggi.

Xpander menggunakan enjin 1.5L MIVEC DOHC

Mengenai enjin pula, tiada maklumat tambahan disediakan. Tetapi jika membaca spesifikasi Xpander, SUV itu kelak akan dipacukan enjin 4-lejang 16 injap 1.5L MIVEC DOHC berkuasa 102hp @ 6,000rpm dengan tork 141Nm @ 4,000rpm. Mungkinkah menggunakan trenkuasa sama?

Kalau melihat strategi Toyota dan Daihatsu, dua jenama itu menawarkan pilihan enjin 1.3L dan 1.5L. Toyota biasanya diberikan spesifikasi lebih premium, manakala Daihatsu menumpukan kepada pasaran bajet. Inilah faktor penting kenapa Avanza dan Xenia mendapat sambutan hangat di Indonesia.

Maklumat lanjut mengenai tawaran terbaru daripada Mitsubishi itu akan didedahkan pada pelancaran rasmi 12 November ini di Jakarta, Indonesia.

BACA >>> Mitsubishi Tamatkan Pajero di Jepun, Perkenalkan Model Selamat Tinggal, Final Edition

Related

536
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi Indonesia, Mitsubishi Xpander, MPV, Roda4, SUV, SUV segmen-B, SUV Xpander, Xpander Crossover

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev