• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2019: Suzuki V-Strom 1050 (2020) Tampil Lebih Menyengat, Berkuasa

#EICMA2019: Suzuki V-Strom 1050 (2020) Tampil Lebih Menyengat, Berkuasa

November 7, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOLEH tahan meriah juga ketika kami menjenguk reruai Suzuki di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019. Ada banyak produk baharu dipamerkan daripada bersesaran kecil hingga berenjin besar.

Teknologi ditawarkan Suzuki memang tidak perlu dipertikaikan dan rasanya semua tahu. Cuma sayang, jenama Jepun yang satu ini agak sendu jualannya di Malaysia hingga terpaksa menarik diri dari pasaran motosikal sesaran kecil, dan memilih untuk menumpukan kepada segmen motosikal besar.

Sempena EICMA 2019, Suzuki tampil memperkenalkan model advencer V-Strom 1050 (2020) dalam dua varian: Standard dan XT. Adakah model ini akan masuk pasaran Malaysia? Tidak mustahil!

Desas-desus mengenai model baharu Suzuki ini sudah lama kedengaran sejak pengeluar itu menyiarkan video acah yang diramalkan sebagai V-Strom beberapa minggu sebelum EICMA 2019. Model tersebut dikatakan mendapat pembaharuan dari segi gaya, pakej elektronik dan tentunya unit enjin yang patuh Euro 5.

BACA >>> Suzuki Siar Video Acah Model Baharu, V-Strom Baharu dengan Enjin Lebih Kompak?

1. SUZUKI V-STROM 1050 (2020)

Seperti diduga, model itu memang V-Strom yang dipacu enjin 4-lejang 1,037cc DOHC 90º V-Twin penyejukan cecair berkuasa 105hp. Walaupun tork diturunkan sekitar 1Nm berikutan penggunaan peranti penukar pemangkin bagi memenuhi syarat emisi Euro 5, tetapi kuasa jentera ini mampu ditingkatkan sebanyak 6.8hp dengan rev enjin dinaikkan daripada 8,000rpm kepada 8,500rpm.

Varian Standard memiliki ciri asas seperti (foto bawah: kiri ke kanan) bar hendal aluminium tirus, pelana selesa, visor angin dan soket USB di sisi panel meter.

V-Strom 1050 (2020) turut didatangkan dengan Sistem Tunggangan Pintar Suzuki (SIRS)  iaitu pakej elektronik untuk yang terdiri daripada:

  • Brek Jejak Gerakan (Motion Track Braking, MTB)
  • Kawalan Pegun Bukit (Hill Hold Control, HHC)
  • Kawalan Dependan Beban (Load Dependant Control)
  • Kawalan Jelajah (Cruise Control)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Pilihan Mod Pacuan Suzuki (Suzuki Ride Mode Selector, SDMS)
  • Kawalan Dependan Cerun (Slope Dependant Control, SDC)

V-Strom 1050 varian Standard didatangkan dalam warna:

  • Glass Sparkle Black (YVB), hitam
  • Glass Sparkle Black / Pearl Brilliant White (B1G), putih-hitam
  • Glass Sparkle Black / Solid Iron Gray (BTH), kelabu-hitam

2. V-STROM 1050XT (2020)

V-Strom 1050 XT adalah varian yang dilengkapkan dengan aksesori eksklusif standard seperti (foto bawah: kiri ke kanan) visor angin boleh laras, pelana boleh laras, lampu signal LED, kowl enjin aluminium, gad enjin, gad tangan, soket 12V bawah pelana pembonceng, dan tongkat tengah.

Ada tiga warna dan grafik khas untuk V-Strom 1050XT, dan paling menarik ialah warna spesial, Pearl Brilliant White / Glass Blaze Orange (B1F)  yang diilhamkan daripada model ikonik Suzuki DR BIG.

Tiga pilihan warna V-Strom 1050XT (2020) ialah:

  • Champion Yellow No.2 (YU1), kuning
  • Pearl Brilliant White / Glass Blaze Orange (B1F), jingga-putih
  • Glass Sparkle Black (YVB), hitam

VIDEO

GALERI

Related

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 9, advencer tourer, EICMA 2019, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, roda2, Suzuki, Suzuki Assemblers Malaysia (SAM), Suzuki V-Strom, Suzuki V-Strom 1050, Suzuki V-Strom 1050 XT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my