• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2019: Bimota Tesi H2 (2020) dengan Enjin Supercas Kawasaki

#EICMA2019: Bimota Tesi H2 (2020) dengan Enjin Supercas Kawasaki

November 8, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BIMOTA membuat kemunculan semula di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 dengan memperkenalkan Tesi H2, iaitu sebuah jentera supercas yang mengabungkan teknologi Jepun dan Itali.

Tesi H2 edisi 2020 sebenarnya dipacukan trenkuasa 998cc Kawasaki H2. Ya, motosikal itu adalah jawapan kepada desas-desus bahawa Kawasaki sudah mengambil-alih Bimoto menerusi pegangan saham 49.9 peratus dalam syarikat legenda Itali itu.

BACA >>> #TMS2019: Kawasaki Z H2 Lancar, Supernaked Supercas Paling Buas - 198hp, 137Nm

Tahun 2014 adalah kali terakhir Bimota muncul dengan motosikal jenama itu, BB3, sebagai jelmaan BMW S1000RR dengan ekstra kuasa 7hp.

Tesi H2 dengan warna tradisi Bimota, merah-putih, menggunakan tetapan stereng hab-tengah dengan dua unit suspensi semi-aktif Öhlins di belakang dan unit pelana tunggal. Data terperinci mengenai jentera hiper supercas ini masih rahsia. Uniknya, ada kelibat swingarm di depan yang bersambung pada absorber menerusi satu sambungan dari sisi kiri enjin 4-silinder Kawasaki.

Wayar pula kelihatan terdedah pada setiap suspensi, mungkin sengaja mahu menunjukkan damping elektronik boleh laras. Brek tersorok kemas dalam madgad depan. Kehadran swingarm di depan menyebabkan kaliper brek tidak lagi diposisikan cara konvensional.

Tesi H2 menggunakan enjin Kawasaki H2 sebagai sebahagian frem yang mana swingarm depan bersambung dengan frem depan. Manakala swingarm belakang pula diikat pada satu poin pivot ke belakang enjin.

BACA >>> Kawasaki H2GT - Jentera HyperSports-Tourer dengan Teknologi Lampu Adaptif, Debut November Ini

Kowl belakang iras Bimota DB8 yang dipasangkan pada subfrem gentian karbon. Laporan menyatakan Tesi H2 mempunyai spesifikasi sama seperti H2 model baharu. Harganya mungkin sekitar €50,000 (RM229,030) dan dijangka memasuki pasaran Jun depan.

SUMBER: MotorcycleNews

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bimota, Bimota Tesi H2, Bimota Tesi H2 (2020), EICMA, EICMA 2019, Jentera Hiper, Kawasaki, Kawasaki H2, Kawasaki H2 (2019), Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev