• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2019: SYM Maxsym 400i ES Lancar, ke Malaysia Suku Ketiga 2020

#EICMA2019: SYM Maxsym 400i ES Lancar, ke Malaysia Suku Ketiga 2020

November 6, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

525
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYM memperkenalkan Maxsym 400i ES (2020) sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, dan paling menarik skuter maksi itu dikhabarkan akan menjengah pasaran Malaysia pada suku ketiga tahun depan. Difahamkan wakil SYM Malaysia sudah pun menguji motosikal tersebut di Taiwan.

Maxsym 400i ES dijana enjin silinder tunggal 399cc penyejukan cecair yang kali ini patuh Euro 5 berkuasa 32.5hp @ 6,500rpm dan tork maksimum 37.8Nm @ 6,000rpm dengan transmisi CVT.

BACA >>> SYM Malaysia Lancar 2 Model Skuter - SYM CRUiSYM 250i & Jet 14

Bahagian suspensi diserahkan kepada fork teleskopik (depan) dan dwi absorber  (belakang) yang dipadankan set tayar 120/70 R15 (depan) dan 160/60 R14 (belakang). Dimensi panjang 2,240mm, lebar 820mm, dan tinggi 1, 455mm berserta jarak roda 1,555mm menawarkan kelincahan tunggangan di jalan-jalan bandar.

Ketinggian pelana 800mm sedikit tinggi, tetapi masih ideal buat saiz kebanyakan penunggang Malaysia. Saiz tangki 13 liter memberikan perbatuan lebih jauh yang sesuai buat mereka yang sedang mencari skuter untuk tunggangan harian.

Sistem Kawalan Traksi (TCS) membantu meningkatkan kualiti pengendalian dan kestabilan tunggangan apabila berlaku situasi kurang cengkaman di permukaan jalan kurang baik seperti jalan tidak rata, licin atau berlopak.

BACA >>> SYM VF3i 185 V2 Lancar dengan Warna, Grafik Lebih Trendy, Harga Bermula RM8.3k!

Maxsym 400i didatangkan dengan dua ruang simpanan bersama palam USB 2.0. Panel meter menampilkan instrumen  digital dan analog untuk paparan maklumat motosikal seperti spidometer, takometer dan indikator bahan api.

Penampilan skuter maksi ini diserlahkan lagi dengan ciri lampu utama dan belakang LED, serta bukaan pelana hingga 45º untuk akses mudah ruang simpanan dalaman yang cukup memuatkan dua helmet. Ada juga visor angin boleh laras.

BACA >>> SYM Star SR 170 (VF3i Versi Vietnam) Lancar, Lagi Mahal daripada Yamaha dan Honda

GALERI
SYM Maxsym 400i ES_8
SYM Maxsym 400i ES_5
SYM Maxsym 400i ES_1
SYM Maxsym 400i ES_2
SYM Maxsym 400i ES_3
SYM Maxsym 400i ES_4
SYM Maxsym 400i ES_13
SYM Maxsym 400i ES_12
SYM Maxsym 400i ES_9
SYM Maxsym 400i ES_10
SYM Maxsym 400i ES_11
SYM Maxsym 400i ES_6
SYM Maxsym 400i ES_14
SYM Maxsym 400i ES_15
SYM Maxsym 400i ES_7
SYM Maxsym 400i ES_16
sym_maxym_400i_2020_02
sym_maxym_400i_2020_07
sym_maxym_400i_2020_05
sym_maxym_400i_2020_03

Related

525
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2019, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, skuter, skuter maksi, SYM, SYM Maxsym 400i ES

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev