• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 10 Fakta Pantas: Aprilia RS 660 (2020) - Middleweight dengan Ciri Superbike

10 Fakta Pantas: Aprilia RS 660 (2020) - Middleweight dengan Ciri Superbike

November 6, 2019 By Han Othman Leave a Comment

7.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS setahun mempamerkan model konsep, Aprilia akhirnya melancarkan RS 660 versi pengeluaran sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.

Apa yang menarik tentang Aprilia RS 660 (2020)? Jom kita ketahui fakta pantas tentang sportbike middleweight ini:

1. Dikuasakan enjin 660cc Parallel-Twin serba baharu yang memenuhi peraturan emisi Euro 5. Jurutera Aprilia menggunakan trenkuasa 1100cc RSV4 sebagai asas enjin RS 660 pada model konsep dulu dengan angka kuasa 100hp. Namun kuasa dan tork sebenar model edisi pengeluaran ini tidak didedahkan.

Enjin DOHC tersebut menggunakan rekabentuk aci engkol (crankshaft) 270º. Sebagai pemahaman, dalam rekabentuk 360º, kedua-dua piston bergerak atas-bawah senada dan hanya satu piston dibakar (fired) pada setiap lejang atas. Bagi rekabentuk 180º pula, juga satu piston dibakar untuk lejang atas, ketika satu piston lagi di bawah.

Sebaliknya dalam rekabentuk 270º, satu piston dihentikan dan satu lagi beroperasi dalam halaju penuh. Ia dibantu dengan traksi yang memberikan deruman enjin unik.

2. Tidak seperti jenter middleweight lain yang kurang bantuan elektronik, RS 660 dipadatkan dengan teknologi terkini dibangunkan Aprilia. RS memiliki Unit Unjuran Inersia (IMU) 6-paksi yang menggunakan akselerometer dan giroskop untuk mengukur parameter diperlukan bagi mengawal elektronik.

RS 660 memiliki:

  • Kawalan Traksi
  • ABS Belok
  • 5 mod tunggang (3 untuk jalanan; 2 untuk trek)
  • Quickshift
  • Kawalan Wheelie
  • Brek Enjin

RS 660 juga  diberikan fungsi kawalan jelajah sebagai ciri standard yang biasanya tidak ditawarkan untuk sportbike middleweight.

3. Berat kering cuma 169kg, diperoleh daripada frem aluminium yang menggunakan enjin sebagai elemen bering-beban (load-bearing) dan swingarm aluminium.

aprilia-rs-660-eicma2019-13
aprilia-rs-660-eicma2019-11
aprilia-rs-660-eicma2019-12

4. Tugas suspensi di depan dikawal fork Kayaba 41mm boleh laras penuh. Absorber boleh laras tanpa nama berkongsi cagakan sama pada swingarm, sama seperti RSV4.

5. Menggunakan khidmat brek Brembo dengan dwi brek cakera 320mm di depan.

6. RS 660 menampilkan rekabentuk 'fairing ganda' yang mirip rekabentuk superbike RSV4. Fairing luar tambahan membantu meningkatkan daya junam bagi membantu kestabilan jentera pada kelajuan tinggi.

7. RS juga meminjam rekaan kluster lampu LED tripel daripada RSV4. Lampu siang (DRL), termasuk lampu signal boleh padam sendiri lampu selekoh.

8. Perincian lain ialah pemuka TFT 5 inci dengan platform multimedia Aprilia untuk konektiviti telefon pintar, dan kawalan baharu untuk navigasi lebih mudah menerusi set tolok.

9. Aprilia RS 660 akan didatangkan dalam dua warna:

  • 1994 Reggiana Replica RS 250 (ungu-merah)
  • Hitam

10. Aprilia belum mengumumkan harga dan bilakah sportbike ini akan berada di pasaran. Kami jangka bermula pertengahan musim panas tahun depan untuk pasaran Eropah.

GALERI
aprilia-rs-660-eicma2019-14
aprilia-rs-660-eicma2019-13
aprilia-rs-660-eicma2019-4
aprilia-rs-660-eicma2019-3
aprilia-rs-660-eicma2019-5
aprilia-rs-660-eicma2019-1
aprilia-rs-660-eicma2019-2
aprilia-rs-660-eicma2019-7
aprilia-rs-660-eicma2019-10
aprilia-rs-660-eicma2019-8
aprilia-rs-660-eicma2019-6
aprilia-rs-660-eicma2019-9
aprilia-rs-660-eicma2019-11
aprilia-rs-660-eicma2019-12

SUMBER: UltimateMotorcycling

Related

7.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia RS 660, Aprilia RS 660 (2020), EICMA 2019, Itali, Milan, Pameran Motosikal Milan (2019), roda2, sportbike, Sportbike Middleweight

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev