• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2019: Middleweight Ekor Kontot, BMW F900XR dan F900R (2020) Debut

#EICMA2019: Middleweight Ekor Kontot, BMW F900XR dan F900R (2020) Debut

November 7, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad memperkenalkan dua model middleweight baharu, F900XR (sport-tourer) dan F900R (naked) di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.

Asalnya, rekabentuk kedua-dua model itu pernah didedahkan pada model konsep, BMW Concept 9Cento, tahun lalu dan baru kini direalisasikan BMW Motorrad dalam bentuk jentera pengeluaran.

Apa yang menarik tentang F900XR (kiri) dan F900R (kanan)?

BMW F900R (kiri) memiliki penampilan dinamik berbanding F800R, manakala F900XR (kanan) berkongsi rupa sama dengan S1000XR yang juga dipamerkan di pentas utama BMW Motorrad di EICMA 2019. Kedua-dua model itu berkongsi enjin sama, jenis 2-silinder 4-injap 895cc DOHC berasaskan trenkuasa F850GS.

Namun, bagi dua model ini, enjin dipertingkat daripada 853cc kepada 895cc yang mana BMW mendakwa mampu menghasilkan kuasa 103hp. Nisbah mampatan juga dinaikkan daripada 12.7:1 kepada 13.1:1, manakala aci engkol memiliki ofset 90º yang ditala 270° dan 450° untuk menghasilkan bunyi sama seperti enjin 90º V-Twin.

BACA >>> BMW HP4 Race Kini di Malaysia - Enjin 215hp, Harga RM520,900 Sahaja!

Penggunaan komponen silenser keluli tahan karat baharu menjadikan bunyi enjin lebih halus, manakala dua syaf imbang membantu mengimbangkan output. Juga dilengkapkan klac anti-gelincir (A&S) dan Kawalan Tork Drag Enjin (MSR) untuk mengurangkan gelincir roda belakang ketika menurunkan gear dan memerah terotel mendadak.

F900R dan F900XR menawarkan dua mod tunggangan standard: Rain dan Road dengan Mod Pro (Dynamic dan Dynamic Pro). Turut tersedia ciri bantuan tunggangan seperti Quick Shift, Kawalan Traksi Dinamik (DTC) dan ABS Selekoh. Kedua-dua model berkongsi frem keluli yang menggunakan elemen bering-beban (load-bearing) enjin.

BACA >>> BMW S 1000 RR Lancar di Sepang, Harga RM138k

Subfrem bolt-on di belakang adalah struktur kerangka baharu utnuk F900R dan F900XR bagi mendapatkan ekor pendek dan tirus. Jika F800R menampilkan rekaan tangki minyak bawah pelana, F900 pula kembali kepada konsep konvensional, iaitu depan penunggang.

Tangki minyak baharu menggunakan bahan plastik dikimpal. BMW mendakwa, material itu kali pertama dilakukan pada motosikal pengeluaran. F900R memiliki kapasiti tangki 13 liter, manakala F900XR (16 liter). Kedua-dua model menggunakan sistem suspensi fork terbalik (USD), iaitu F900XR dengan travel 170mm (depan) dan monoshock dengan travel 172mm (belakang), manakala F900R  mendapat travel 135mm di depan dan 142mm (belakang).

Walaupun suspensi kedua-dua model tidak boleh dilaraskan, tetapi tambahan opsyen suspensi elektronik Dynamic ESA memberikan ia fiil suspensi semi-aktif.

Suspensi lebih panjang menyumbang kepada ketinggian berbeza. F900XR memiliki ketinggian 32.5 inci dan F900R (32.1 inci). Ergonomik F900R memiliki posisi tunggangan sporty dengan peg kaki dan bar hendal sedikit ke depan. F900XR pula lebih tegak dengan posisi hendal tinggi dan sedikit ke belakang. Visor angin F900XR boleh dilaras secara manual dengan tangan.

BMW S1000 XR_13
BMW S1000 XR_11
BMW F900XR_1
BMW F900 R SPORT_4
BMW F900XR_2
BMW F900 R SPORT_20

Kedua-dua model dipadankan dengan paparan TFT 6.5-inci dengan ketersambungan telefon sebagai standard menerusi kawalan pelbagai BMW di kiri hendal.

F900R didatangkan dalam warna hitam metalik, biru metalik, perak metalik dan perak metalik/merah. F900XR pula dalam warna badan putih, emas metalik atau merah.

BACA >>> Imej Lakaran BMW F 850 R (2020) Baharu Bocor

GALERI
BMW F900R
BMW F900 R SPORT_1
BMW F900 R SPORT_2
BMW F900 R SPORT_4
BMW F900 R SPORT_5
BMW F900 R SPORT_6
BMW F900 R SPORT_7
BMW F900 R SPORT_9
BMW F900 R SPORT_10
BMW F900 R SPORT_11
BMW F900 R SPORT_12
BMW F900 R SPORT_18
BMW F900 R SPORT_23
BMW F900 R SPORT_19
BMW F900 R SPORT_20
BMW F900 R SPORT_16
BMW F900 R SPORT_17
BMW F900 R SPORT_15
BMW F900 R SPORT_22
BMW F900 R SPORT_13
BMW F900 R SPORT_14
BMW F900XR
BMW F900XR_5
BMW F900XR_3
BMW F900XR_4
BMW F900XR_6
BMW F900XR_9
BMW F900XR_10
BMW F900XR_11
BMW F900XR_1
BMW F900XR_2
BMW F900XR_7
BMW F900XR_8
BMW F900XR_12
BMW F900XR_13

Related

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW Concept 9Cento, BMW F900R, BMW F900XR, BMW Motorrad, EICMA 2019, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev