MODEL hatchback paling popular Malaysia, Perodua Axia (2019) versi dipertingkat (facelift) dilancarkan pada September lalu dengan menampilkan pembaharuan rekabentuk lebih segar dan ciri keselamatan terkini, termasuk menambah varian baharu, Style.
Axia Style ialah varian terbaharu Perodua yang tampil dengan rekabentuk gaya crossover mini. Malah varian baharu ini datang dengan warna eksklusif, Sunrise Orange (jingga) dan kerusi semi-buket jenis denim. Menarikkan?
Seperti semua tahu, Axia mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia seawal pelancaran model itu pada 2014. Model juga antara kenderaan paling jimat dengan kadar penggunaan petrol 22.5km per liter untuk manual, 21.6km per liter (auto), dan 20.8km per liter (Style).
BACA >>> #PanduUji: Perodua Axia (2019) Style atau Advance, Mana Satu Nak Beli?
Agaknya, apakah pembaharuan dan penambahbaikan dilakukan Perodua untuk Axia (2019)? Apa ciri khas yang ada pada Axia Style?
ADA APA DENGAN STYLE?
- Bampar depan dan belakang gaya off-road
- Plat skid/difuser bampar
- Pelapik plastik (cladding) pada gerbang roda
- Lampu belakang jernih
- Moulding bumbung
- Spoiler belakang
- Skirt sisi
- Rim 15 inci
- Kerusi denim
- Warna Sunrise Orange (jingga), khas untuk Style sahaja
APA ADA PADA AV (ADVANCE)?
Axia AV adalah varian paling premium yang dipakejkan dengan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0, sama seperti Aruz. Sistem bantuan pemandu ini dilengkapi:
- Pengesan Pejalan Kaki - kelajuan hingga 50kmj
- Amaran Pra Pelanggaran (PCW) - kelajuan hingga 100kmj
- Brek Pra-Pelanggaran (PCB) - kelajuan hingga 80kmj
- Amaran Tukar Lorong (LDW)
- Kawalan Salah Pedal
Selain A.S.A 2.0, Axia (2019) juga dilengkapkan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), dan Kawalan Traksi (TRC). Malah, semua varian (kecuali E) dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).
BACA >>> Perodua Axia (2019) Lancar - 5 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM24k
ENJIN KEKAL SAMA
Axia (2019) masih mengekalkan enjin 1.0L VVT-i berkuasa 67hp @ 6,000rpm dan tork 91Nm @ 4,400rpm. Semua varian dipadankan transmisi automatik 4-kelajuan E-AT, kecuali E sebagai satu-satunya varian manual 5-kelajuan.
Jom layan video reviu daripada hos kami, Sis Dee pasal Axia (2019) untuk varian AV (Advance) dan Style.
Leave a Reply