• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta 1000 RR yang Lebih Mampu Milik Didedahkan, 209hp

MV Agusta 1000 RR yang Lebih Mampu Milik Didedahkan, 209hp

November 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MV AGUSTA menyiarkan Brutale 1000 Serie Oro (2020) versi mampu milik dengan nama Brutale 1000 RR.

Selepas hampir setahun melancarkan model edisi terhad Brutale 1000 Serie Oro, pengeluar motosikal dari Itali itu mengesahkan pelancaran model naked 'RR' untuk pasaran massa dengan tanda harga bermula €29,900 (RM138,380), iaitu kira-kira €13,000 (RM60,170) lebih murah daripada Serie Oro.

Kuasa asal Brutale ialah 211.8hp, antara jentera naked paling berkuasa setakat ini. Bagaimanapun, angka itu dikurangkan kepada sekitar 208hp untuk RR walaupun kedua-dua model menggunakan trenkuasa sama, enjin 4 sebaris 998cc seperti F4 RC, dan ditala untuk tork maksium 116.6Nm.

BACA >>> MV Agusta Dedah Harga Brutale 1000 Serie Oro Edisi Terhad, RM201,700

Sebagai model yang dijinakkan kuasa (untuk harga lebih murah), RR tidak dibekalkan bolt titanium dan rim gentian karbon. Sebaliknya dipasangkan rim aluminium tempa an bolt besi. Namun, Brutale 1000 RR masih diberikan beberapa bahagian gentian karbon, termasuk pakej elektronik lengkap seperti:

  • Quick Shifter atas-bawah
  • Kawalan Traksi 8-tahap
  • Kawalan Luncur
  • 4 Mod Tunggang
  • Panel Meter TFT 5 inci
  • Set Lampu LED Penuh

Secara keseluruhan, memang sukar untuk menafikan keindahan rekabentuk Brutale 1000 RR. Dengan bentuk panel badan agresif, fork Öhlins, ekzos tinggi dan profil sport, model ini nampak ringkas, tapi cukup mempesona. Tipikal seperti rekabentuk motosikal sentuhan Itali. Seksi dan menawan.

Siapa lawan Brutale 1000 RR? Sudah tentu dalam barisan superbike naked, model ini sedia berentap dengan Kawasaki Z H2, Ducati Streetfighter V4, dan KTM Super Duke R.

BACA >>> MV Agusta Tayang Brutale 800, Dragster Versi Kemas Kini di Milan, November Ini

SUMBER: VisorDown

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2019, MV Agusta, MV Agusta 1000 RR, MV Agusta 1000 RR (2020), roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my