• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beginikah Bunyi Ekzos Superbike EV Kymco RevoNEX Nanti?

Beginikah Bunyi Ekzos Superbike EV Kymco RevoNEX Nanti?

November 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KYMCO minggu lalu menyiarkan video acah superbike elektrik (EV), RevoNEX yang bakal debut menjelang Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, minggu ini.

Video acah tersebut sekadar memaparkan reaksi kagum orang ramai selepas ditunjukkan tablet, sambil memakai fon telinga, yang dipercayai memaparkan rupa sebenar motosikal EV itu berserta 'bunyi elektrik' dihasilkan.

BACA >>> Kymco RevoNex - Superbike Elektrik dengan Deruman Ekzos Bakal Debut di Milan

Sebenarnya, Kymco tahun lalu pernah menyiarkan video acah model konsep superbike tersebut, dinamaka 'KYMCO SuperNEX Technical Video' yang memaparkan pandangan keseluruhan badan RevoNex dengan grafik merah-putih, lampu utama dengan lampu siang (DRL) LED, tangki minyak, panel meter tekno dan aksi menunggang yang diiringi 'deruman ekzos' sambil menukar gear.

Namun, deruman artifisial yang dihasilkan itu tidak meniru bunyi ekzos superbike konvensional, tetapi lebih kepada bunyi tersendiri ala bunyian robotik seperti dalam filem sains fiksyen.

Turut didedahkan beberapa spesifikasin asas SuperNEX seperti berikut:

  • Transmisi 6-kelajuan
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 2.9 saat!
  • Ciri bantuan elektronik: Kawalan Luncur, Kawalan Traksi, Kawalan Lif
  • Ciri Motor Akustik Aktif (AAM) untuk deruman ala ekzos motosikal konvensional
  • Pelbagai mod tunggang

Jadi, apakah ada pembaharuan pada RevoNEX versi sebenar?Pasti ramai ternanti-nati rupa sebenar model EV itu di EICMA 2019 minggu ini!

VIDEO ACAH KYMCO REVONEX

GALERI

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kymco, Kymco RevoNex, Kymco SuperNex, KYMCO SuperNEX Technical Video, roda2, Teaser Video, Video Acah, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev