• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Street Triple RS (2020) Kini di Malaysia, Harga RM67.9k!

Triumph Street Triple RS (2020) Kini di Malaysia, Harga RM67.9k!

November 1, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

520
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH Street Triple RS (2020) baru saja dilancarkan di peringkat global awal Oktober lalu, dan Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk membawa masuk jentera naked tersebut menerusi wakil pengedar Fast Bike Sdn Bhd pada majlis pelancaran di Litar Antarabangsa Sepang, petang tadi.

Pertama kali dilancarkan pada 2007, versi baharu kali ini menjanjikan lebih kuasa dan tork bersama gaya tunggangan agresif berserta ciri terkini. Menariknya, harga kekal tidak berubah, iaitu RM67,900 seunit.

BACA >>> Triumph Speed Triple S dan RS (2018) Kini Lebih Canggih, Berkuasa

Perubahan paling ketara ialah perincian Street Triple RS (2020). Lampu utama direka semula yang kali ini nampak lebih agresif, manakala casis badan kini lebih terdedah. Berat streetfighter ini juga dikurangkan kepada cuma 166kg. Menurut Triumph, ini ialah model segmen 750cc paling ringan.

Walaupun enjin 3-silinder 765cc terbaharu ini patuh standard emisi Euro5, tetapi tork dihasilkan lebih tinggi, iaitu 79Nm @ 9,350rpm, dengan tambahan tork pertengahan 9 peratus. Pecutan juga lebih lancar menerusi penggunaan komponen ekzos, aci engkol dan klac baharu.

Imej agresif masih dikekalkan menerusi penggunaan lampu utama LED kembar baharu yang dipadankan lampu siang (DRL). Padanan warna baharu menyerlahkan rekabentuk sporty, manakala silenser menggunakan material gentian karbon. Kemasan dan perincian lain termasuk cermin, klamp bar hendal berjenama, dan frem utama titanium perak baharu.

Bahagian kowl pelana penunggang dan pembonceng boleh ditanggalkan dan ditukar untuk mendapatkan ciri ergonomik maksimum. Selain itu, spesifikasi dan ciri standard lain termasuklah brek Brembo M50, suspensi Öhlins boleh laras penuh dan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP V3.

Street Triple RS (2020) turut memiliki panel skrin TFT baharu dengan konektiviti Bluetooth. Menerusi aplikasi mobil MyTriumph, penunggang dapat mengakses pelbagai aplikasi tanpa wayar seperti navigasi, kawalan muzik, mendengar dan menjawab panggilan telefon, serta mengawal kamera aksi GoPro.

Ada lima mod tunggangan diberikan: Track, Sport, Street, Rain dan kustom yang boleh disetkan sendiri.

BACA >>> Triumph Street Triple RS (2020) Lancar dengan Wajah Baharu, Enjin Dipertingkat

GALERI

Related

520
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: FAST Bike Sdn Bhd, naked bike, roda2, Triumph, Triumph Street Triple, Triumph Street Triple RS, Triumph Street Triple RS (2020)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my