PAMERAN Motor Tokyo (TMS) 2019 akan menutup tirai pada 4 November ini. Di reruai Suzuki kini dipamerkan dua model yang menarik perhatian kami kerana berpotensi menjengah pasaran Asean. Itulah Suzuki Gixxer SF 250 (fairing) dan Gixxer 250 (naked).
Walaupun Suzuki sudah lama tutup kedai di Malaysia, tetapi pengeluar dari Jepun itu masih membawa masuk model-model motosikal besar ke negara ini. Jadi, alangkah bagus kalau mereka sudi membawa masuk siri Gixxer suku liter ini. Lagipun teknologi sportbike ini bukan kaleng-kaleng gaisss! Tapi itulah, nampak macam mustahil saja.
Jom kita reviu dulu tentang dua model Gixxer itu:
1. SUZUKI GIXXER SF 250
Suzuki Gixxer SF 250 ialah sportbike versi fairing dengan berat 156kg dan kowl enjin besar. Lampu utama berbentuk semi lonjong dengan ciri LED, manakala sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan swingarm dengan monoshock (belakang).
Bahagian roda dipadankan rim tuang hitam dan tayar 110/70 (depan) dan 150/60 (belakang). Sistem brek jenis cakera depan dan belakang, manakala kapasiti tangki 12 liter. Kuasa maksimum yang mampu dicapai ialah 26hp dengan tork 22.6Nm.
BACA >>> Suzuki Gixxer SF 250 MotoGP Edition Lancar di India, Unit Terhad dengan Teknologi SOCS
2. SUZUKI GIXXER 250
Suzuki Gixxer 250 ialah sportbike versi naked yang tampil dengan imej maskular. Spesifikasi sama saja seperti model Gixxer SF 250 daripada bentuk ekzos, tayar, suspensi, pelana hingga jenis enjin digunakan. Apa yang berbeza ialah tiada fairing, termasuk lampu utama, dan kowl tangki yang juga tidak sama.
Angka kuasa juga sama seperti Gixxer SF 250.
Leave a Reply