SUNWAY memperkenalkan Sistem Parkir Pintar (SPS) di pusat beli-belah miliknya sebagai sebahagian usaha pelaksanaan aplikasi digital tanpa tunai dan tiket.
SPS Sunway berfungsi menggunakan ciri pengecaman nombor plat kenderaan dan pembayaran menerusi aplikasil e-dompet seperti:
- GrabPay
- Boost
- WeChat Pay
- Alipay
- Touch N Go (TnG) Digital
- Maybank QR
Ini termasuk rakan kongsi kredit seperti:
- MasterCard
- Visa
- American Express
- JCB
- UnionPay
- MyDebit
Kini pengunjung tidak perlu menurunkan tingkap kereta untuk mengambil tiket parkir, dan hanya perlu mendaftarkan nombor plat kereta dalam portal Sunway Parking. Selepas mendaftar, pastikan nombor plat kereta anda dipautkan pada aplikasi e-dompet untuk buat bayaran.
Selepas pendaftaran berjaya, plat kereta anda akan diimbas sistem pengecaman nombor plat untuk disahkan sebelum palang dinaikkan automatik. Sebagai permulaan SPS akan dilaksanakan dalam kawasan Bandar Sunway, seperti Sunway Pyramid, Hotel-Hotel Sunway dan Menara Sunway.
BACA >>> #Videotomotif: Gara-Gara Parkir Tak Sekolah, Kereta Ini Dirempuh Bas (Pun Tak Sekolah)
Buat masa ini, sistem tersedia secara dalam talian bagi pemegang pas parkir bulanan dan akan dilancarkan kepada umum pada suku pertama tahun depan. Kepada pengunjung yang tiada aplikasi e-dompet atau tiada akses Internet, anda masih boleh menggunakan kad TnG atau sistem pembayaran automatik dalam tempoh tertentu untuk masa penyesuaian.
Pengunjung yang mendaftarkan nombor plat kereta semasa tempoh pra pendaftaran berpeluang menikmati sekali parkir percuma apabila dibuka kepada orang ramai nanti.
BACA>>>#ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Sensor dan Kamera Parkir Kereta?
BACA>>>VW Bangunkan Sistem Parkir Autonomi, Kereta Pandu Sendiri Cari Petak Letak Kenderaan
Leave a Reply