• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Azmin Tak Setuju Jual PLUS!

Azmin Tak Setuju Jual PLUS!

October 31, 2019 By Han Othman Leave a Comment

394
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nyata berbeza pendapat dengan tawaran Kerajaan yang menjemput mana-mana pihak swasta mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS) jika mampu mengurangkan atau menghapuskan tol.

Azmin dipetik BHOnline berkata, tiada mana-mana syarikat swasta yang mampu berbuat demikian kerana entiti swasta mementingkan keuntungan berbanding kepentingan rakyat.

BACA >>> Kerajaan Akan Lantik Jururunding Audit untuk Analisis Cadangan Hapus Tol (Ye Ke?)

Beliau turut mempersoalkan keperluan menswastakan konsesi lebuh raya itu yang kini dimiliki Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Azmin berkata;

Sekarang PLUS dimiliki Khazanah dengan pegangan 51 peratus dan KWSP sebanyak 49 peratus. Kenapa mahu swastakan?

“Kalau jual PLUS pada pihak swasta yang akan mengenakan tol dan menaikkan kadar tol, ia tidak memenuhi kehendak manifesto PH.

“Pendirian Khazanah jelas, apakah pihak yang membeli PLUS boleh menjamin akan mengurangkan kadar tol atau menghapuskan tol? Sudah tentu tidak kerana pihak swasta nak beli sesuatu yang boleh beri keuntungan.

“Kita bukan soal keuntungan, sebaliknya Khazanah dan KWSP mahu beri perkhidmatan kepada pengguna jalan raya, kecuali ada pihak swasta nak beli dan nak hapuskan tol. ‘Good luck’ kalau kamu boleh (hapuskan tol).”

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebelum itu menegaskan dana pelaburan negara itu tidak berminat menjual PLUS, yang juga syarikat konsesi lebuh raya terbesar di Malaysia.

Sementara itu minggu lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan belum menerima cadangan menarik setakat ini berhubung tawaran pengambilalihan PLUS walaupun menerima empat cadangan daripada pihak swasta.

BACA >>> Tun M Beri Sebab Kenapa Tol Tak Boleh Dihapuskan

4 ENTITI SWASTA BERMINAT DENGAN PLUS

Semalam juga Widad Business Group Sdn Bhd (WBG), konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu, dilaporkan menaikkan tawaran bidaan PLUS kepada RM5.3 bilion berbanding RM3 bilion sebelum ini.

Jumlah itu adalah sebagai pertimbangan tunai, selain pengecualian pampasan sebanyak RM3.038 bilion dan andaian hutang RM30 bilion yang membawa kepada nilai hutang perniagaan untuk ditawarkan sebanyak RM38.338 bilion, sekali gus tawaran tertinggi dari sektor swasta.

Tiga cadangan pengambilalihan untuk PLUS iaitu daripada Maju Holdings Sdn Bhd bernilai RM34.9 bilion termasuk hutang, serta masing-masing daripada RJR Capital (RM3.5 bilion) dan Tan Sri Halim Saad (RM5.2 bilion).

BACA >>> Widad Betul-Betul Nak Beli PLUS, Naikkan Tawaran RM5.3 Bilion!

Related

394
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Azmin Ali, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Jual PLUS, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, PLUS, PLUS Malaysia Bhd (PLUS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev