• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Honda N600 Ini Guna Enjin Motosikal VFR V4 800cc!

Honda N600 Ini Guna Enjin Motosikal VFR V4 800cc!

November 3, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

760
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA memasuki pasaran automotif di Amerika Syarikat (AS) dengan menjual motosikal dan sedekad kemudian barulah menawarkan kereta pertama. Pada 1970, Honda N600 memasuki pasaran AS pada harga permulaan AS$1,300 (RM5,420).

N600 ialah kereta kecil berukuran panjang 3,098mm sahaja, iaitu saiz yang sedang elok dimuatkan dalam kereta penumpang jenama AS pada masa itu. Ia juga dianggap model ikonik hari ini, malah sentiasa ada kalangan peminat vintaj yang mahu membaik pulih dan mengubahsuai kereta tersebut.

BACA >>> Honda Odyssey (2018) - MPV Mini Paling Selamat di Amerika Menurut Ujian IIHS

Lebih mengujakan, Honda sendiri mengiktiraf inisiatif peminat yang cuba menjaga model berkenaan. Sebagai contoh, N600 (1972) milik Stephen Mines ini memenangi anugerah 'Honda Super Tuner Legends Series'.

Program ini dianjurkan bersama Hot Wheels Legends Tour, iaitu siri jelajah bagi mencari kereta saiz sebenar untuk dijadikan kereta permainan Hot Wheels. Pemenang anugerah ini juga berpeluang untuk mempamerkan kereta mereka pada acara SEMA 2019 di Las Vegas, minggu ini.

Modifikasi N600 ini mengambil masa cukup lama untuk disempurnakan, iaitu lebih lima tahun! Dijana enjin motosikal Honda VFR V4 800cc dengan pacuan roda belakang, putaran enjin kereta ini mampu diligatkan hingga mencecah 12,000rpm sambil ditemani deruman ekzos mengasyikkan.

Ubah suai lain dilakukan ialah menggunakan set suspensi Mazda Miata, kerusi Polaris RZR® dan bampar depan dan belakang kustom daripada Chevy® Camaro 1967-68.

Apa yang istimewa, kemenangan Mines serentak dengan sambutan ulang tahun N600 yang ke-60 Honda AS.

BACA >>> Walaupun Jazz Baharu Debut Bulan Ini, Honda NZ Tenang Lancar Edisi 2020

 

Related

760
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Bikin Kereta Tagged With: Honda, Honda N600, Honda N600 (1972), Honda Super Tuner, Honda Super Tuner Legends Series, Honda VFR V4, Hot Wheels Legends Tour

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my