• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Veloster N Performance Concept Akan Muncul di SEMA 2019

Hyundai Veloster N Performance Concept Akan Muncul di SEMA 2019

October 30, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI Motor Company Customization Teams akan memperkenalkan Veloster N Performance Concept yang tampil istimewa dengan komponen prestasi tinggi pada Pameran SEMA 2019 ddi Las Vegas, November ini.

Walaupun cuma model konsep, model itu nampak seperti sedia dijual kepada umum. Paling menyerlah ialah spoiler belakang tinggi yang direka bersegi dan mengingatkan kita kepada Honda Civic Type R. Menurut Hyundai, komponen digunakan adalah mengikut kualiti OEM, manakala aksesori bolt-on mungkin dijual kepada pasaran umum.

BACA >>> Anugerah Auto Express: Honda Civic Type R Kekal Hot-Hatch Terbaik Tahun Ketiga

Perincian Hyundai Veloster N Performance Concept

  • Suspensi Extreme Racing dengan spring H&R®.
  • Bar anti-oleng Daewon Steel (depan dan belakang).
  • Pendakap casis WIF (depan, tengah dan belakang) dan braket aluminum.
  • Kaliper brek Alcon 6-piston (depan)/brek 4-piston (belakang).
  • Cakera brek 380mm (depan), 360mm (belakang).
  • Rim OZ® Racing saiz 8.0JJ x 19.0 inci dengan penutup hub Hyundai N.
  • Tayar Pirelli® P-Zero Corsa saiz 235/35R19.

Dalaman

  • Balutan Alcantara® pada gear, stereng, brek tangan, keliling ventilator udara, bumbung, tiang, perehat lengan, panel pintu.
  • Sil pintu Hyundai N
  • Kerusi sport karbon Sabelt® dengan balutan Alcantara dan kemasan warna merah
  • Tombol gear aluminum
  • Punat penghidup enjin merah
  • Karpet lantai sport

Tiada perincian enjin didedahkan, tetapi berdasarkan spesifikasi Veloster N Performance di pasaran, model konsep ini mampu menjana kuasa sekurang-kurangnya 275hp daripada enjin 2.0L Turbo dan dipadankan transmisi manual 6-kelajuan.

Jika ditanya secara peribadi, model konsep ini wajar dijual kepada umum dan alternatif terbaik kepada Civic Type R dan Renault Megane R.S.

BACA >>> Hyundai i30 Fastback N - Satu Lagi Magis Hyundai

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Veloster, Hyundai Veloster N, Hyundai Veloster N Performance

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev