MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan kedai eksklusif, MFORCE SMART-Shop sebagai hab sehenti yang menawarkan pelbagai jenis jenama motosikal di bawah wakil pengedar itu seperti Benelli, SYM, SM Sport, WMoto, Keeway, Brixton dan skuter eletrik NIU, termasuk berfungsi sebagai pusat servis dan penjualan alat ganti tulen.
Kedai eksklusif ini dimiliki Chai Ken Motorcycles Sdn Bhd beralamat di No 2 Jalan TPP 1/12, Taman Perindustrian Puchong, 47160 Puchong Selangor.
BACA >>> SYM VF3i 185 V2 Lancar dengan Warna, Grafik Lebih Trendy, Harga Bermula RM8.3k!
Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad berkata, Mforce sudah mengimport, memasang dan mengedar pelbagai jenama motosikal di Malaysia sejak 2008 dan mendapat sambutan di luar jangkaan daripada kalangan rakyat Malaysia.
"MForce dan Chai Ken Motorcycles Sdn. Bhd akan memastikan kepuasan pengguna di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menjadi keutamaan," katanya.
MFORCE SMART-Shop beroperasi bermula jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang, dan dibuka setiap hari. Sebarang maklumat lanjut boleh lawati MFORCE SMART-Shop Puchong atau layari laman web rasmi Mforce .
BACA >>> Perbandingan: Spesifikasi Benelli 150S (2019) vs Modenas Pulsar NS200
ramli bin abu bakar says
bila berada di pasaran.??? kalau tempah bila jangka akan dapat.??? tq tq