• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Limited Edition Ford Ranger Splash - Eksklusif untuk Festival Beli Belah 11.11 Lazada

Limited Edition Ford Ranger Splash - Eksklusif untuk Festival Beli Belah 11.11 Lazada

October 25, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan Limited Edition Ford Ranger Splash yang dilancarkan serentak bersempena Festival Beli-Belah Lazada 11.11 yang bakal menjelang bulan depan.

Menariknya, Limited Edition Ford Ranger Splash ialah model trak pikap pertama di Malaysia yang akan dijual menggunakan platform e-dagang, Lazada. Malah ia cuma ditayangkan di satu bilik pameran sahaja, iaitu Ford Petaling Jaya 2, Sime Darby Auto ConneXion.

Apa pakej menarik yang ada pada Limited Edition Ford Ranger Splash?

  • Tampil dalam warna serba hitam dengan pakej aksesori seperti bar kanggaru hitam kusam, gril depan istimewa, perumah cermin sisi, bampar belakang, bar sport, rim aloi dan fender lebar.
  • Ada peranti bayaran tol elektronik dan paparan kamera 360º.
  • Pelekat logo 'Ranger Splash' dengan warna pendarfluor sepanjang sisi badan trak pikap untuk rupa agresif, sesuai dengan tema edisi terhad.
  • Hanya 19 unit dikeluarkan dan semua akan dijual secara eksklusif menerusi Lazada pada 11 November ini semasa Lazada 11.11 Shopping Festival.
  • Berharga RM138,888 dan boleh ditempah awal melalui fungsi 'Chup Dulu' dalam aplikasi Lazada.
  • Pembeli hanya perlu bayar yuran tempahan RM1,389.
  • Lebih menarik, bermula 28 Oktober-10 November ini, pembeli boleh 'Chup' unit Limited Edition Ford Ranger Splash dengan deposit 10 peratus sahaja, iaitu RM139 (tiada pemulangan deposit) menerusi aplikasi Lazada*.
  • Baki RM1,250 pula dibayar pada 11 November nanti sebagai syarat pengesahan. Yuran tempahan hanya boleh dikembalikan jika bayaran penuh yuran tersebut sudah dibuat dan semua 19 unit trak habis ditempah*.
  • Wakil Ford akan menghubungi pembeli untuk menyelesaikan urusan pembelian di mana-mana bilik pameran yang dikehendaki.
  • 11 pelanggan pertama yang berjaya menyelesaikan pembelian mereka akan dapat PETRONAS Gift Card bernilai RM500 ketika penghantaran kenderaan*.

* Tertakluk terma dan syarat

Apa pula spesifikasi Limited Edition Ford Ranger Splash?

  • Dijana enjin diesel 2.0L Single-Turbo dengan transmisi automatik 10-kelajuan berkuasa 178hp dan tork 420 Nm.
  • Dipakejkan ciri keselamatan pintar seperti: Pintu But Mudah Angkat (Easy Lift Tailgate), penghidup tanpa kunci (keyless entry), dan punat tekan mula (push-start), Stereng Bantuan Kuasa Elektrik (EPAS) dan lampu siang (DRL) LED yang disepadukan bersama lampu utama jenis HID.
  • Sistem infotainment skrin sentuh 8-inci dengan sistem operasi SYNC 3 untuk konektiviti telefon pintar dengan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto. Juga ada ciri wayarles Bluetooth.
  • Waranti 3 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu), dan Servis Percuma 5 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu)

Maklumat lanjur mengenai Limited Edition Ford Ranger Splash boleh layari: sdacford.com.my.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Festival Beli Belah 11.11 Lazada, Ford Ranger, Lazada, Limited Edition Ford Ranger Splash, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my